Bunyi nya macam putus asa. Benar macam nak putus asa pun ada. Dah tua2 begini baru nak mula memang lah liat. Boleh ke nak berubah arah dengan membuat kerja2 yg lebih senang. Ada ke kerja senang di dunia selain dari 'Petik Jari'???
Berapa tahun dah menghambakan diri pada kerja yg lebih banyak menjurus kepada pengurusan biar pun berlatarbelakangkan sains komputer , bila masuk tempat kerja baru tahun lepas, skop kerja berubah arah, sebenarnya berbalik kepada landasan asal. Kena buat pengaturcaraan.
Dengan berbekalkan hampir 'zero' knowledge bersama dengan teman, pergi menimba ilmu pemprograman php. Kursus 2 hari. Masa tu berkira2 juga, mampu kah saya membina sebuah sistem dengan kursus basic 2 hari ni. apa pun ilmu tetap di timba dan pulang dengan bertawakkal.
Bila balik ke pejabat seminggu pertama tu duk belek2 php, bertanya dengan pakcik Google. sampai hari jumaat baru berjaya buat Login Page, masukkan data dalam database, dan buat paparan maklumat tadi kat webpage. mesti orang gelak je bila tau.
masuk minggu kedua, nak expand buat fungsi2 lain, enjin saya semakin semput. aik, takkan baru minggu ke 2 dah nak kena overhaul lagi????
sudah mula letih, atau sudah mula bosan ??
ohhh, tolong lah apa langkah ku seterusnya...
2 comments:
kagumnya. saya dah tinggal totally kak
mau tak mau, harus ku gagahi
Post a Comment