Semalam adalah birthday mak yang ke 56.
Uhuk. Diri ini terasa macam anak2 kecil lagi bila bersama dengan mak. terasa macam dulu2 zaman saya masih anak kecil bila mak melayan saya.
Mak masih macam dulu, sabar, menjaga hati anak2 dan sesiapa saja dalam bicaranya. Mak semakin meningkat usia. Mak oh mak. Syahdu rasanya.
Kami doakan agar mak beroleh kesejahteraan, dilindungi Allah, sihat selalu agar dapat mak nak beribadah dengan sempurna.
Kebetulan Ngah saya yang tinggal di KL balik ke kampung dan ajak kami sama2 tidur rumah mak malam semalam. Sesuailah untuk nak gembira2 kan mak, meriahkan rumah mak dengan adik2 sempena hari lahir mak yang ke 56.
Sehari sebelum sempat saya tempah kek dari jiran sebelah rumah.
seperti biasa, pelakon-pelakon tambahan bila adanya sesi potong kek
Dan pelakon tambahan akan overacting dari pelakon utama. Adam dah tentu akan terjah dulu kek untuk atuk.
2 comments:
Selamat Hari Lahir Buat Ibu Puan Sabrina semoga dikurniakan kesihatan yang sangat baik, dilimpahi dengan kasih sayang anak cucu & ahli keluarga sekaliannya. Amin.
Seorang ibu :
1. mampu mengasuh dan memelihara sekian ramai anak namun anak-anak itu belum tentu mampu memelihara seorang ibu
2. mempertaruhkan nyawa untuk melahirkan anak namun belum tentu seorang anak mampu mempertaruhkan nyawanya demi seorang ibu
3. mampu membahagikan kasih sayang dan perhatian secara yang paling adil namun belum tentu anak-anak mampu membahagikan kasih sayang dan perhatian secara seadilnya kepada seorang ibu
4. menggadaikan kebahagiaan dan kehendak sehingga kepada keperluannya hanya untuk membahagiakan anak-anaknya namun belum tentu anak-anak dapat bersikap sedemikian kepada seorang ibu
5. ... hingga seterusnya "pengorbanan ikhlas dan jujur yang tiada penghujung..."
..penghayatan buat semua..
http://www.youtube.com/watch?v=sSNlWkQVQW8
" SAYA SANGAT SAYANG & MENYANJUNG TINGGI IBU SAYA .. YA ALLAH YA TUHANKU, ANDAI SUDAH TIBA MASA IBUKU KEMBALI MENEMUIMU, KU MOHON AGAR DIGANTIKAN NYAWAKU UNTUK IBUKU WALAUPUN HANYA UNTUK MENIKMATI BEBERAPA DETIK KEHIDUPAN YANG DAPAT MEMBAHAGIAKAN IBUKU "
Ya, sama-sama kita melaksanakan tanggungjawab dan membahagiakan ibubapa kita.Semoga dipermudahkan.
Post a Comment