Friday, July 16, 2010
Rezeki lagi
Salam Jumaat.
Pagi-pagi dah dapat sampul surat dari bank. Saya sedikit phobia dengan surat-surat dari bank. Walaupun dah tak de sangkut paut dengan bank-bank lain selain dari Bank Rakyat dengan tagline"Saya Mesti Pilih" tu, tapi masih seram-seram bila tengok surat bank. Mana tau ada pulak yang saya terlepas pandang. Oh, tak dilupa, kereta saya masih milik Bank.
:P
Senyum-senyum sendirian, bila buka sampul surat dan nampak cek. Saya memang lemah mengingat dan mengurus wang.. Ambank pulangkan lebihan potongan dari pinjaman peribadi saya. Kalaulah lebihan-lebihan begini tak diberi kalau tak dituntut, untung bank kan bila pelanggan-pelanggannya pelupa, culas macam saya.
Apa pun ni rezeki lah saya kira tapi belum tentu cek ni milik saya seorang.
Segala apa harta yang masih ditangan belum tentu ia menjadi milik kita.
Milik kita hanyalah apa yang telah kita belanjakan.
Maka saya tak tau lagi dengan sapa saya kan berkongsi cek ni.
Ada satu malam tu saya berdoa dengan segala kesungguhan kerana ada berlaku perkara yang menekan perasaan masa tu juga baru lepas menonton Rancangan Halaqah Sentuhan Qalbu. Saya tengok siaran ulangan dalam tv9.com.my, bersendirian. Episod Kontrak Hidup. Rasa, banyaknya nak kena betulkan dalam diri ni.
Benarlah, Allah akan memberi jika hambanya meminta, berdoa bersungguh-sunguh seikhlas hati.
Esoknya saya dapat selesaikan satu masalah dipejabat. Teringat doa saya malam tadi. Alhamdulillah Allah beri satu.
Kena ingat, kalau Allah belum beri atau makbulkan doa kita dalam bentuk nikmat atau rezeki, insyaAllah doa itu akan jadi bekalan diakhirat.
InsyaAllah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment