Masuk hari ni dah 2 hari Nurin demam. Hari pertama demam, dia beritahu badannya panas dan tak boleh sekolah esoknya (Isnin). Memang badannya panas. Bila saya pulang dari pejabat, badannya masih panas. Lepas maghrib saya letak tuala basah. Layankan dia berbaring. Adik-adik pula sibuk dikembara serata rumah dengan mainan bersepah-sepah.
Rasa-rasa dalam jam 3 pagi saya dengar Nurin bercakap. Bila pasang telinga betul-betul macam baca doa, tapi tak pasti doa apa yang dibaca.
Dia mengigau.
Pagi tadi, bila saya kejut dia dari tidur, dia menangis pula, bila ditanya,
"Kenapa nangis? Mimpi ke?"
Dalam mata masih pejam, dia mengangguk.
"Kakak mimpi apa?"
"Mimpi Patrick"
"Kenapa dengan Patrick?"
"Patrick datang, tapi dia tak nak kawan dengan akak"
"Ni Patrick kawan sponge Bob tu ke?"
"aah....."
"Ohhhh, tak pe lah jangan sedih, itu cuma mimpi"
Sebagai Ibubapa,
Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka
2 comments:
hehehe comel la nurin punya mimpi..si patrick tak nak kawan dia kesian..takpe kawan dengan spongebox je
hahahaa, lawak pagi2 si nurin. tp mak kena kontrol le, nnt kecik lak hati dia mak dia gelakkan mimpi dia
Post a Comment