Showing posts with label nurin. Show all posts
Showing posts with label nurin. Show all posts

Tuesday, January 4, 2011

Demi Masa

Al-’Asr 103: (1-3)

[1]
Demi Masa!
[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar



Masa sangat terbatas saya rasakan. Nurin telah melalui hari pertama persekolahannya semalam. Saya ambil cuti untuk menguruskannya ke sekolah. Mula-mula ingat nak ikuti prosesnya seharian disekolah sehingga akhir. Tapi memandangkan tiada ibu bapa yang berbuat macam tu, saya rasa kurang selesa pula. Cuma iringi doa. Dan sudah siap2 beri pesanan. Sebelum tu di rumah, bila tika ada ruang dan peluang, saya selitkan pesanan2 agar dia jangan mudah mengalah bila letih, masa di sekolah panjang dan akan memenatkan, jadi kena sabar dan ingat ke sekolah menuntut ilmu kerana Allah. tumpu perhatian pada apa yang akan disampaikan oleh guru. Bila sampai di rumah lepas menghantar dia baru teringat lupa bekalan dia duit belanja. Mujur dah bawa bekalan, kalau tidak kenalah patah balik ke sekolah hantar duit belanja atau alamat, kelaparan lah dia.

Sementara di rumah, saya selesaikan tugasan besar kemas bilik, melipat pakaian dan vakum habuk dengan suami. Basuh pakaian, dan masak untuk makan tengahari. sejam sebelum nurin keluar kami berkejar ke kedai nak cari periuk kukus cadangnya. Nak memasak kuih, anak2 dah membesar dan ada yang nak kena dibesarkan (Adib-yang masih kurus). Jadi nak kena pelbagaikan makanan.

Tamat sessi sekolah kebangsaan kami menjemputnya pulang. Jam 1.30 tengahari baru habis waktu belajar. Dia perlu bergegas pula untuk ke sekolah agama yang akan mula jam 2.00 ptg. Syukur rumah kami hanya 2 minit perjalanan (atas jalan). Jadi masa akan lebih banyak habis pada menunggu turun dari kelas, masuk dalam kereta, juga masa buka pagar rumah (ramai yang menunggu, jadi beratur) kalau naik motor mgkin lebih ringkas.

Jam 1.40 sampai di rumah. Di rumah sempat suruh dia mandi, solat dan makan, sambil mulut sibuk nak cerita pengalaman hari pertama di sekolah. Juga asyik mengingatkan saya supaya jangan lupa bekalkannya dengan duit

Jam 1.55 keluar semula ke rumah untuk ke sekolah agama.

Saya pulang ke rumah, tunaikan tanggungjawab. Belum solat zuhur tadi, uruskan dia. Kemas meja makan yang berkecah, cuit sana sikit -cuit sini sikit, dah jam 3.25 ptg. Lagi 5 minit kelas Nurin tamat. Jemput dia semula.

Saya menunggu di luar pagar. Menunggu dalam kereta sambil berbaris dengan ibu bapa lain. Agak lama, tak muncul bayangnya. Saya keluar kereta masuk ke dalam kawasan sekolah menuju ke kantin. Yaaaa, dia sedang beratur nak membeli makanan. Ini kali pertama Nurin membeli sendiri. Nak beli keropok lekor.

Jam 4 kami sampai di rumah. Cadangnya nak menjemput adik2nya dari rumah baby sitter tapi nurin tak bagi nak siapkan kerja sekolah yang dia dapat dari sekolah agama. tak nak adik2 kacau katanya. Maka Jam 5 petang baru adik2nya pula dijemput dari rumah baby sitter. Syukur, selesai proses besar untuk hari itu. dan selebihnya urusan harian seperti biasa.

Bila tanya Nurin, dia letih ke bersekolah? Diam seketika, kemudian menjawab. "Penat, tapi... akak suka sekolah". Lega dengar jawapannya. Harapannya bertahan untuk 11 tahun akan datang.

Untuk hari esok suami akan ambil alih tugas urusan sekolah Nurin. Semalam baru berkenalan dengan seorang ibu yang menawarkan kalau-kalau mahu bantuan mengurus Nurin sekolah. Itu mak Safa kata Nurin. Kawan sekolah PASTInya dahulu.
Semoga Allah terus permudahkan urusan saya dan kita semua.

Wednesday, December 15, 2010

Daftar Sekolah



Lama betul tak masuk dan buat catatan di sini. Sibuk dengan hapahapantah. Kat rumah online pun berebut dengan anak2 yang juga nak beronline. Ada yang nak Wonderpet, Upin&Ipin atau InsyaAllah(Maher Zain). Nurin online sendiri bila saya kat pejabat. Maka tak de lah dia mencelah bila saya nak guna PC. Tolong clean Virus PC suami pun seawal pagi lepas subuh sambil2 buat sarapan sebelum ke pejabat.

Nak bercuti2 di rumah rasanya minggu depan. tapi sebelum tu kena plan betul2 sebab kena fikirkan hari-hari penting untuk daftar sekolah Nurin, dan bawa anak2 lelaki ke klinik (lawatan 2 bulan sekali) macam biasa. Jadi cuti pun ada tugas nak dilangsaikan.




Pagi tadi call ke sekolah kebangsaan, tanya bila boleh bayar yuran dan mendaftar. 2 hari kena peruntukkan untuk proses Nurin nak ke sekolah.

Ini untuk ingatan diri sendiri dan suami:

28/12/2010 (8pg - 12tghari) Selasa
  • Bayar Yuran
  • Beli Alat Tulis
29/12/2010 (8pg - 12tghari) Rabu
  • Pendaftaran Tahun 1
  • Salinan Surat Beranak Nurin
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu
  • Salinan Kad Pengenalan Ayah
  • Gambar Pasport 2 Keping
  • Kad Imunisasi Nurin
Di atas tu, baru sekolah kebangsaan sahaja. Sekolah agama belum call lagi. Haritu hantar borang permohonan pun terlewat, sekolah minta hantar sendiri ke pejabat pendidikan agama di Muar. Siap Kena perli dengan staf pejabat pendidikan agama tu. Sibuk sangat ye, sampai terlepas pandang.


Pantas sungguh masa berlalu. Nurin dah nak bersekolah pun. Bermula la cabaran baru buat dia dan juga kami sekeluarga. Kena tune masa sebaik mungkin.

Monday, October 18, 2010

7 Eleven

Nurin punya big day akan datang tak lama lagi.

Bukan menjadi kemestian saya menyambut ulang tahun kelahiran ahli keluarga dengan mengadakan majlis sambutan, jemput tetamu bagai. Belum pernah lagi seingat saya. Bila Nurin dah bersekolah, ada pula kawan yang membuat agenda jemput menjemput ke rumah sempena sambutan ulang tahun kelahiran, mungkin dari situ dia rasa bila datangnya tarikh ulang tahun kelahiran kena ada sambutan. Bila sampainya tarikh lahir kita, maknanya semakin bertambah lah usia, masa kecil2 dulu seronoklah. tapi bila dah berusia macam saya ni, tambah umur tambah le tua, kira-kira amalan masih belum seberapa.

Untuk tidak menghampakan Nurin, cadang2 nak prepare sedikit makanan, bawa ke sekolah untuk diraikan dengan kawan2 sekelas dan cikgunya. Baru bincang dengan husband, tak beritahu pada Nurin pun.

Semalam masa makan tengahari, Nurin beritahu kami, dia dah oder kek birthday dengan Thaqif, tapi Thaqif tak nak bgtau dengan ayah dia.

Hahahaha,dia dah advance oder birthday cake. Thaqif toddler umur 2 tahun, anak jiran sebelah, mak dia cikgu, kami memang pernah oder birthday cake utk mak julai yang lalu.

Rupa2 nya atuk Nurin (mak saya) yang remind pasal dia punya birth date. patut la dia asyik sibuk pasal birthdaynya. atuk sangat ingat dengan tarikh lahir Nurin. 7Eleven.

Tuesday, August 17, 2010

Nurin, Demam, Patrick

Masuk hari ni dah 2 hari Nurin demam. Hari pertama demam, dia beritahu badannya panas dan tak boleh sekolah esoknya (Isnin). Memang badannya panas. Bila saya pulang dari pejabat, badannya masih panas. Lepas maghrib saya letak tuala basah. Layankan dia berbaring. Adik-adik pula sibuk dikembara serata rumah dengan mainan bersepah-sepah.

Rasa-rasa dalam jam 3 pagi saya dengar Nurin bercakap. Bila pasang telinga betul-betul macam baca doa, tapi tak pasti doa apa yang dibaca.


Dia mengigau.



Pagi tadi, bila saya kejut dia dari tidur, dia menangis pula, bila ditanya,

"Kenapa nangis? Mimpi ke?"

Dalam mata masih pejam, dia mengangguk.

"Kakak mimpi apa?"

"Mimpi Patrick"

"Kenapa dengan Patrick?"

"Patrick datang, tapi dia tak nak kawan dengan akak"

"Ni Patrick kawan sponge Bob tu ke?"

"aah....."

"Ohhhh, tak pe lah jangan sedih, itu cuma mimpi"

Sebagai Ibubapa,

Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka




Friday, August 6, 2010

Puasa Ramadhan

Alhamdulillah Ramadhan 1431 akan tiba tak lama lagi. Sama-sama kita doa agar kita dipertemukan dengan bulan penuh barakah ini yang di dalamnya dipenuhi rahmat dan amalan mendapat ganjaran berlipat ganda.

InsyaAllah sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi Ramadhan. Bersiap untuk memenuhi keperluan rohani dan fizikal.

Tahun ni juga saya akan mulakan melatih Nurin berpuasa. Sebelum ni saya kurang beri penekanan kepada Nurin, tahun lepas kalau ada pun dia berpuasa mengikut-ikut sahaja. InsyaAllah tahun ni akan latih lagi. Di blog Pn. Azurah, kisah Puasa dan Umar. Elok pula ada Carta Ramadhan untuk anak yang dah boleh berpuasa penuh.


Juga ada Carta Ramadhan Adik, sesuai untuk anak yang baru belajar berpuasa.


Carta-carta Comel ni boleh download dari sini

Wednesday, July 28, 2010

Gigi is gone

Baru cerita-cerita pasal gigi dia. Nak bawak jumpa doktor gigi tak nak.

Elok-elok bangun pagi tadi tunjuk gigi dia dah dicabut. Cabut Sendiri.



Teringat pula dulu waktu saya kecil. bila gigi saya goyang, arwah abah pasangkan benang, suruh tarik sikit, sikit sampai tanggal. Pernah, abah rentap saje gigi yang dah goyang kuat. Nangis bagai nak rak, emosi je lebih, sakit tak seberapa pun. "Abah doktor gigi".


teringat juga tentang mana nak buang gigi yang dah dicabut tu.

entah mana datangnya pendapat / petua ini.

kalau gigi atas - tanam

gigi bawah pula baling ke atas.

baling ke atas, atas zink ke baling atas angin ke tak tau la pulak ya.

supaya cepat tumbuh.

pikir-pikir balik, tak logik, tak masuk akal, tak boleh nak kaitkan dengan sains kehidupan pun.

Tuesday, July 27, 2010

Gigi

1 batang gigi kapak Nurin yang sebelah bawah tiba-tiba goyang, bila ditanya, jawabnya tak de terhantuk apa-apa. Sakit lah jadinya. Baris giginya masih elok, sikit-sikit tu adalah kena karies gigi.

Bila kejap-kejap mengadu sakit kami ajak dia cabut gigi. Dia tak mau, takut katanya. Diberi pilihan nak sakit selalu atau nak cabut saje. Dia diam pula.

Lepas tu boleh pula dia cakap macam-macam perihal gigi.

Gigi 1:

"Kalau gigi akak dah cabut, nanti akan jadi macam gigi Aifa"

"Tak pe nanti gigi tu akan tumbuh semula, Gigi baru dan cantik"

"Kalau macam tu, kalau Aifa dah ada gigi semula, akak susah la nak kenal mana satu Aifa, mana satu Aina"

**Aifa dan Aina- pasangan kembar seiras kat sekolah. muka diorang sangat seiras.


Gigi 2:


"Ibu kata, kalau gigi akak dah cabut, nanti akan tumbuh baru kan, macam mana boleh ada gigi lain kat dalam ni???"

Errr...... dah mula la soalan-soalan saintifik dia ni keluar

"Allah yang buat. Mula-mula lahir tak ada gigi, lepas tu tumbuh, macam Adib kan, bila dah jadi kanak-kanak macam Nurin, gigi mula rosak, kena lah cabut"

"Kemudian baru lah Allah tumbuhkan gigi baru kali kedua, tapi lepas dah tumbuh kali kedua , tak nak jaga gigi, tak nak gosok, gigi boleh rosak semula. Kalau kena cabut kali kedua dah takde tumbuh gigi lagi."

"Nanti tak de gigi macam atuk "

:)


"Tak de gigi yang ke tiga ke ?????????"


Gigi 3:

Masa nak naik kereta nak ke rumah mak...

"Ibu tak nak belikan akak nama ke?"

nama = nametag

"Nak buat apa?"

"Sebab nanti bila gigi akak dah kena cabut, kawan-kawan dah tak kenal akak lagi"

Errrrr.......... macam-macam la anak ni

Monday, July 5, 2010

Panggilan Manja

Apa anda panggil sang suami eh? Darling?, Honey? my dear?, papa? Abang? atau sekadar panggil nama saja.

Macam-macam panggilan ya yang dapat dipanggil untuk yang tersayang. Kalau orang dulu-dulu mungkin abang, sayang atau akhirnya jadi abahnya, maknya.

Panggilan manja pada pasangan tu penting sebagai satu kaedah menunjukkan kasih sayang. Biasa-biasa orang Melayu kita panggil suami - 'abang'-ni rasanya lebih berbunyi hormat, tapi sekarang dah macam-macam bunyi yang digunapakai, "Bi(hubby)", "Ling (Darling)", "Yang (sayang)".

Ada satu scene budak-budak dalam kereta petang tadi.

Adam : Sayam, sayam...

Adam pronounce 'ang' sebagai 'am'. Abam (abam), Alom (Along), longkam (longkang)

so sayam is sayang.

Bila saya toleh pada dia, dia terus bercerita dalam bahasa Jerman (bahasa pelat dia, ok). saya gelak dan bgtau suami yang Adam panggil saya Sayang.

Tiba-tiba Nurin pula tegur Adam

"Adam, Adam ingat ibu ni isteri Adam ke?"

hahahah, kami gelak besar. Budak 2 orang ni, ada-ada saje.






.


Friday, July 2, 2010

Orang perempuan mesti pandai masak

Orang perempuan mesti pandai masak

Waktu baring-baring menyusukan Adib, Nurin baring menggesel-gesel, manja-manja di kaki saya. Ini memang habit dia, Dia memang manja.

“Ibu, nanti akak dah besar, kalau tak pandai masak macam mana?”

?????

Erkkk.. awal nya dia risau tak tau memasak

“Tak pe , nanti ada masa ibu akan ajar Nurin masak, ok ? ”

“Ok.”

Sambil tarik tangan saya dan cium2. Itu satu lagi habit dia yang kadang-kadang saya rasa geli geleman. Nanti bila dia dah besar, mungkin dia tak buat camtu lagi, jarang, buat atau tak buat langsung. Masa tu mesti rindu dengan gelagat dia.

Esoknya, sedang siap-siap ke sekolah dan saya nak ke pejabat, masa tengah sikatkan rambut dia, saya bagitau, esok kita semua akan ke majlis perkahwinan saudara di Rengit bawak atuk (mak saya) dengan nenek (mak kepada mak saya).

“Habis tu bila ibu nak ajar akak masak?”

???????. Sekali lagi, dia sibuk, risau pasal nak belajar masak.

“Bila-bila kita dah lapang, kita belajar masak”

“Oh, ok. Bila adik-adik dah tidur, ibu ajar akak masak ye!”

Dia tau, kalau adik-adik ada berkeliaran, dah tentu saya tak dpat tumpu sangat perhatian pada dia.

Seingat saya dulu, saya tak de tanya mak, bila nak ajar saya masak. Tapi suka tolong / kacau mak menumbuk dengan lesung batu, tumbuk kacang, bawang, bilis. Lepas tu sekejap-sekejap tanya:

“Mak dah ke ni”

“Dah halus ke belum”

“Bawang nak masuk berapa biji?”

“Ikan bilis berapa ekor?” - ada ke orang masak kira bilis berapa ekor nak diguna?

Saya pun tak ingat dah sejak bila saya tau masak sendiri, tapi memang lambat lah. Cuma masih ingat lagi, terasa sangat berjaya memasak untuk keluarga, mungkin tingkatan 1 atau 2 kot. Masak Sup Kentang je pun. Soo hoon pun tak bubuh. Tapi tersangat tak sabar tunggu mak dan abah balik dari kerja kebun, nak bagitau saya dah masakkan diorang.

Mak senyum . Mak siap puji walaupun masa tu tak tau apa rasanya Sup Kentang yang saya masak. Mak memang baik, mak akan jaga hati anak-anak. Mak juga tak pernah paksa saya, marah saya untuk belajar memasak. Mak biar je saya bergelumang dengan kerja sekolah dan buku-buku. Sampai saya naik lemak.

Lepas tu masuk Universiti, lagi le tak duduk dapur. Lepas tu kerja tinggal kat rumah bujang, rasa nak masak, masak. Kalau tidak orang kat kedai la masakkan. Lepas tu dah kahwin pula. Haaa, nak tak nak, kena la masakkan suami. Syukur Alhamdulillah, suami bukan cerewet tentang makanan.

Nama pun perempuan, memang kena pandai masak. Orang tua pun ada sebut-sebut selalu, “orang perempuan tinggi mana pun belajar, akhirnya kena ke dapur juga”







.

Friday, June 25, 2010

Muka 20 sen


Sambil duduk kat meja makan (kat rumah mak). Nurin dan ayahnya berborak, ayah usik2 sakat2 anak pempuannya yang seorang ni.


Kemudian Nurin pandang saya,


Jarinya telunjuk diletak pada matanya, dia mula melukis sesuatu pada muka

kemudian ke mata yang sebelah lagi dan melukis lagi.

Saya tanya dia apa yang dia cuba buat tu?

"Nurin lukis 20 sen"

Kenapa?

"Sebab ayah selalu cakap muka Nurin muka doposen, jadi Nurin lukis lah 20 sen kat muka"

Tergelak saya.


Ha tu lah, asal dia buat muka poyo, muka blur, si ayah akan tanya dia : Kenapa buat muka 20 sen ????






Apa murah sangat ni bang?????













.

Thursday, June 17, 2010

nurin, basikal dan penumpang

Lama dah basikal ni tak jejak laman umah.

parking di dalam rumah sebelah peti ais di dapur.

tayar basikal dah lama habis angin. pam tak dibeli-beli juga.

tadi ke rumah atuk, pinjam pam tayar cik chai nya.

basikal boleh beroperasi semula.


Ada penumpang juga. Bertudung kerana panas di luar sana.

susah nampaknya dia nak memberi posisi terbaik untuk si penumpang



letak di belakang, ada pulak yang tercicir nanti.



letak depan pula. susah tak de bakul. (bakul barang dah tanggal)



peluk je bear2 ni.


akhirnya. Idea tak seberapa daru saya.

bear2 2 ekor masuk dalam plastik dan gantung pada handle basikal.

:)





cuti sekolah, tak de aktiviti melancong, sebab ibunya tak bercuti. nasib lah anak2 lom pandai meminta2 dibawa bercuti.










.

Friday, February 12, 2010

Akademi PASTI

Sejak Nurin bersekolah, nampak lah kemajuan.So ok lah tu kan. Makanya rumah kami tu tak sunyi dari dendangan lagu2 dan alunan doa2 yang dihafalnya di sekolah.

ada satu hari tu, dia nyanyi lagu anak2 nabi. tapi biji butirnya tak berapa jelas. Nak betulkan tapi saya sendiri pun tak hafal semua nama anak nabi walaupun hanya 7 orang. (ni le, macam mana nak betulkan anak sendiri kalau sebagai ibu pun tak cukup ilmu)

semalam saya google untuk cari jawapan, dan balik sekolah semalam dapat lah saya baiki bait2 lirik yang dinyanyikan oleh peserta Akademi PASTI Parit Pandan Sari.


Anak-anak Nabi ada 7 orang

Al-Qasim
Abdullah
Ibrahim
Zainab
Ruqaiyah
Ummu Kalthum
Fatimah

selebihnya boleh baca di sini

Monday, January 4, 2010

Cuti skolah dah berakhir

mesti ramai yg cuti hari ni.

alasan:

anak 1stday bersekolah, tadika, darjah 1, tingkatan 1,

anak lom skolah, tapi saje bercuti

lom ada anak tapi cuti jugak, sebab saje cuti sbb tahun lepas kerja teruk tak sempat cuti.

macam2 alasan

tapi saya tak cuti, dan tak hantar lg anak masuk sekolah.

mintak cik abang hantar, tapi dia nak tunggu saya gak.

haaaa tunggu lah saya cuti eh.... mujur Nurin tak merengek2 mintak hantar ke sekolah.

Kelengkapan skolah dia, yg basic dah ada dah, cuma tinggal bayar yuran masa daftar nanti. Nanti tu bila ????????????

Kat rumah, kami dah belikan dia almari dan meja. Jadi jugak beli.




Semoga bersemangat dia nak belajar, tapi semangat lg ibu dia nak letak baju kami yg melambak banyak kat dlm almari baru tu. hehehehe

Tuesday, December 29, 2009

Model cilik tudung

Memandangkan dia sudah mahu melangkah kaki ke sekolah minggu depan, saya jadi semangat cari utknya tudung2 yabng ringkas dan mudah dipakai.

Saya beli di Bazar Baitulmal di Muar dekat dengan High School Muar. Boleh tu saya tawar2 sales girl tu kata harga mati RM10. On the way balik , lalu saja tak singgah pun di gerai2 jualan sempena Sukan Johor yang dibuat di Tanjung Emas dan jeti Marina Muar. Sampai di rumah adik ipar kata tudung mcm ni ada jual kat gerai jualan yg saya lalu tu dengan harga RM5. Ralat tak? :( hmmmmm tu namanya tak ada rezeki.


















Ibu model tumpang sekaki....

Tuesday, November 10, 2009

mari mengeja

rasanya dalam 2-3 minggu ni Nurin sudah pandai mengeja.

kalau yg mana2 suku kata 2 huruf tu kira dah lulus lah,

mana2 yg suku kata 3 huruf tu masih perlu dibantu,

yang suku kata 4 huruf, masih belum berjaya lagi setakat ni, macam "meng", "yang", "tang"

bila berjalan nampak signboard, dia akan eja,

kat rumah bila tgk tv dia akan eja Info kat ASTRO, mana2 yg dia dah boleh baca dia akan tahu la tajuk cerita tu,

jadi hari ni dia kat rumah berdua dengan ayah, dia masih dengan sesi belajar ejanya


[14:01] acit0377: bi biiiii..... n a naaaaaaaaaa biiiiiinaaaaaa nurin rasa mcm ibu la
[14:02] bina1178: apa tu
[14:02] acit0377: dia eja td

oh nasib baik tau tu ibu....

:)

Sunday, November 8, 2009

7 eleven 2009



sebiji kek sebagai tanda ingatan bersama pizza terbaru untuk santapan



ada tangan yang dah tak sabar dan tak tahan dengan kepingan coklat




birthday girl sedia memotong kek


Bukan lupa tetapi tak ingat

Semalam birthday Nurin yg ke 5. tapi ntah apa sibuknya kami hinggakan langsung tk ingat birthday girl yg sorang ni. Sampai la masa petang Jumaat tu my younger broter& sister juga mak, kata esokkan 7 eleven birthday nurin.

terdiam sekejap kami sebab camana lah boleh tak ingat sesangat esok birthday anak sendiri.

Rasa frust tak ingat bukan sebab tak sempat nak tempah kek ke apa. tapi kesalnya, adakah kerana sibuk sangat ke kami ni sampaikan tarikh2 penting tak kami ingat.

Apapun si ayah gagah juga pi beli kek kat kedai kegemarannya kat Taman Pesta Muar, Zida Cake House.

Beli kek untuk hiburkan Nurin. tapi selera kek tetap ikut ayah : Blueberry Layer Cake Whith Fresh Cream

The cake cutting session was held kat umah mak saya lah, macam biasa.

mak dan adik2 saya tak pernah lagi lupa tarikh ni sebab diorang gelarkan Nurin budak 7 Eleven.

Saturday, September 19, 2009

Di penghujung ramadhan

Sedih rasa di hati, tinggal tak sampai sehari je lagi akan meninggalkan ramadhan, entah berjumpa entah kan tidak di tahun hadapan. Penuhkan dengan zikir atau baccan Al-Quran, mudah2an dilapangkan dan diringan kan lidah.

Sambil2 sibuk dengan persiapan.

Semalam selesai sudah kerja2 memasak dan menghantar kunjungan ke rumah saudara terdekat MIL. plan hari khamis terpaksa ditunda atas sebab2 tertentu. bekerja keras sejak lepas sahur sampai ke petang, dari memasak sampai menghantar juadah ke rumah2 saudara, selesai semua dan melangkah masuk je ke rumah azan maghrib 29 ramadhan pun berkumandang semalam. syukur semua berjalan lancar.


Abang yg turut membantu


Jadi pagi ini bercadang nak bantu mak pula, entahkan dapat entahkan tidak. tapi nak kena singgah ke rumah dulu siapkan pakaian yg dicuci semalam, dan ambil apa2 yg patut.

Al kisahnya baju anak perempuan dan empunya diri ni, tak siap lagi. tinggal tikam leher dan sembat hujung lengan dan badan. nampak tak banyak tapi sempatkah saya malam ni????

baju si anak perempuan


baju si ibu pula..

Apa pun pandai2 le bagi masa yang tak seberapa ni, sambil2 beribadah harapnya....

Ohhhh, hari ni Nurin cuba berpuasa, entah sampai jam berapa larat dia. sejak awal puasa dia demam, jadi saya tak pernah kejut dia bangun sahur. pg tadi di rumah MIL riuh rendah, dia bangun sahur bersama. Asyik sibuk tanya bila nak raya, jadi, kalau nak raya kenalah berpuasa :)


Wednesday, June 24, 2009

Pandai makan pandai le jaga ...

Semalam ayahnya kena cabut gigi geraham dek kerana gigi dah ada kawah besar di atasnya. asyik makan pain killer, mana tahan kan. Dulu muda-muda suka makan gula-gula

:D

Nurin refuse bila di suruh tgk bekas gigi ayah, tgk dari jauh jer.. takut. Dulu masa dia baru tumbuh gigi saya rajin jugaklah gosokkan gigi, kalau tak larat sangat nak turun ke bilik air saya akan sental guna kain napkin. tapi sejak ada adik Adibnya, mula masa pantang saya memang tak menyempat nak tanya khabar gigi dia, cuma suruh dia gosok, ntah bersih atau tidak saya tak dapat nak cek selalu. Akhirnya banyak gigi dah rosak. sebab suka makan coklat, lepas tu tak gosok.


tapi sejak beberapa minggu ni saya jadi prihatin semula kononnya lah. saya belikan berus gigi baru dan semalam masa saya pergi stokis HPA di bandar muar, saya beli ubat gigi keluaran HPA. sebelum ni saya pakai apa tah yg cap ...lion tu.









Mujur gigi kapaknya masih ada, kalau tak ada terowong la pulakkan .

Cerita ttg belanja di HPA, apa yg buat saya teruja lagi, rupa2 nya kat HPA ada jual burger, fishball. wah bagus betul. selama ni, selain dari makanan harian saya ingat dia ada ayam organic saje. Bagus, bagus, bagus. sila lah saya belanja di sana yer :)




Menurut Cashier tu dulu bangunan ni bekas Pub/disko. So saya kata yg haram dah ditukar kepada yang halal.




Sunday, June 7, 2009

Ikan oh ikan

Balik kerja semalam saya ajak abang ke bandar dengan anak2 lelaki saja (nurin masih dirumah mak) utk depositkan payment kereta kat pakcik Ambank. dah terlewat sangat (2bln) risau pulak kot tiba2 ada orang tahan kat jalan dan mintak kunci kereta, uhhh mintak simpang.

Malam, lepas ambil Nurin bawa dia ke klinik (ptg tadi mak call masa saya ke bandar kata nurin tercekik tulang ikan ), mujur doktor berjaya keluarkan tulang sepanjang hampir 1 inci tu-siap dah bengkok tulang tu. kesian dia, dia kena pukul tiga, dek kerana tunggu mak pak balik kerja. masa mula kena mak kata dia tak nangis, tapi masa saya jemput dia, dia dah mula nangis, mungkin sedih dan nak mengadu, lepas tu sebab dah lapar sebab tak boleh makan sejak jam 4 ptg cuma minum sikit2 sebab rasa sakit bila menelan.

dalam bilik doktor, doktor dah pesan awal2 kalau dia tak dapat tgk tulang tu, terpaksa bawa ke hospital. Alhamdulillah kes dapat selesai segera, panjang "crocodile" doktor, itu yg saya dengar masa dia minta jururawat ambil. masuk je kereta nurin dah order ayam atau telur utk meal malam ni (kes fobia dengan ikan). jarang sebenarnya dia nak makan ayam, kecuali masak sup.

Jangan dia terus fobia dengan ikan sudah laaaa