Showing posts with label MIL. Show all posts
Showing posts with label MIL. Show all posts

Friday, May 29, 2009

Umrah

Bukansaya yang akan pergi.... tetapi MIL saya. Beliau akan berangkat petang ini bersama kumpulan haujakan nya. Saya doakan dia sihat. Risau memikirkan kondisinya yang kurang elok - kakinya sakit. Dah bawa ke doktor malah berubat tradisional pun sudah. Jadi hati orang kata, bila tgk keadaan dia macam tu, macam mana nak bawa beg, macam mana nak bawa diri. Ipar duai / adik beradik kata bila sampai harinya kalau kaki Mak tak baik, elok batal saja. bimbangkan dia bila sampai di sana nanti.

Tapi itu semua kuasa Allah. Serah lah pada-Nya. Mana tau sampai sana nanti jadi baik, InsyaAllah. Maka dengan semangat yg kuat dan mungkin rindu untuk jejak ke tanah suci, ke Baitullah untuk kali ke 3 ni MIL buat keputusan untuk pergi juga.

Ipar duai ada yg balik, anak ponteng kan sekolah (macam mana nak jadi tauladan macam ni, hehehe ) - special case hah.

By the way abang baru je call kata perjalanan di tangguhkan ke esok hari. Emmm tak apa lah, asalkan jadi pergi....

Sunday, May 10, 2009

Sapa yang nak demam

Biasanya kalau kita mula rasa cam ala-ala tak sihat tu, kita akan cakap "saya macam nak demam" atau ayat2 yg sewaktu dengannya.

Bermakna kita nak supaya kita ni demam ke??? saya selalu kena kalau saya cakap macam tu, nnt mesti ada yg kata "orang nak sihat dia lak nak demam".

Mana ada org yg nak dirinya demam, kecuali la kalau dia memang nak dapatkan mc dan duduk di rumah, hehehehe.

Ha tu lah saya, semalam pg berpagi2an bangun jam 5.30pg. (tu hari sabtu tau). Bangun sidai pakaian, kemas rumah terus buat sarapan, sebab jam 8 janji dengan mak saya nak bawa dia ke majlis kahwin anak sepupu saya. sudahnya jam 930 juga baru bertolak. elok dalam perjalanan saya dah mula terasa aura2 tak sihat meresap ke dalam diri saya.

Memang pun, balik tu saya tumbang, mujur cik abang saya tak kerja (off wesak day). menggigil sejuk, lemahnya badan. Anak2 dan suami saya masakkan maggi saja. tu saja saya mampu masak, mujur ada stok.

Suami saya baik hati malam tadi, dia ajak saya balik rumah mak, seronok nya saya dan seronok sangat bagi Nurin, sebab dia suka balik umah mak saya pasal sana ada siaran Ceria 611- itu kata dia. huhuhuhu.

Saya gagahkan mata walaupun dah khayal telan Panadol Acti fast nak tgk cerekarama Restu Mertua.

Hidup dengan mertua ni memang kena banyak mengalah, rendah diri. Saya pernah diintai oleh mertua waktu masak di dapur masa mula2 kahwin dulu. Memang macam2 cabaran tinggal bersama mertua. Sabar je la ek. Saya tinggal dengan mertua hampir 5 tahun sebelum saya dapat tinggal di rumah sendiri, tapi masa nak keluar dari rumah tu saya terasa macam ala2 berat hati, banayk kenangan pahit manis sebenarnya di rumah MIL tu.

Saya masih demam....saya doa supaya saya sihat... banayk agenda nak dilaksanakan

Sunday, April 19, 2009

Hanya sorang terselamat



Cuma yang baju hijau/kuning tu je yg selamat. tak mo tidur2, yg dorang lg tu dah selamat dibuai mimpi. ini kejadian di rumah saya petang semalam.


yg kecik sekali ni dah boleh ajak gurau. cuma saya je cam tak sempat layan dia main sangat sebab melayankan abang nya yg masih belum mengerti.

bangun dari tidur petang tu si abang mula merengek mintak dukung manjang. lepas maghrib sampai kul 1 pg 4 kali muntah. huhuhu dah lah abang tak de, bergilir le si adam dan adib berdukung bila 2-2 start enjin (menangis). menangis gak lah saya sensorang.....

dan pg tadi masa mandikan dia abang perasan ada bintat2 kat betis dia, kat tangan pun ada, kat muka ada 1. bila saya lak cek rasa cam nak jadi chicken pox je. bawak ke klinik, tapi doktor pakar kulit tu cuti, kena pulak doktor gantian tu tak tak dapat nak pastikan samada itu chicken pox atau tidak cuma dia kata, tengok je lah, kalau betul CP, nnt dia keluar lah tu....


tu gambar 1bulan 1/2 yg lepas (jadi model botol susu anakku, hehehe). hari ni dia longlai je, mana tidaknya, tak leh nak telan makanan kecuali susu, silap sikit muntah. jadi malam semalam dan malam ni saya ajak anak2 tido depan tv je, pukul 9 je saya dah padam lampu bg semua tidur, cuma diterangi cahaya dari tv, walaupun biasanya saya tak kisah diorang nak tidur kul berapa.

esok saya kena ke klinik hantar Adib untuk suntikan. saya kena pergi dengan adib sahaja sebab abang kena hantar MIL ambil pasport. MIL, insyaAllah nak pi buat umrah hujung Mei akan datang ni.