Showing posts with label breastfeed. Show all posts
Showing posts with label breastfeed. Show all posts

Monday, August 2, 2010

Minggu Penyusuan Ibu Sedunia



Minggu Penyusuan Ibu Sedunia (1-7 Ogos 2010)


10 LANGKAH KE ARAH PENYUSUAN IBU YANG BERJAYA


Setiap kemudahan yang menyediakan perkhidmatan perbidanan dan penjagaan bayi baru lahir perlu:
  1. Mempunyai polisi penyusuan ibu secara bertulis yang disampaikan kepada semua kakitangan kesihatan secara berkala.
  2. Melatih semua kakitangan kesihatan dalam kemahiran yang perlu untuk melaksanakan polisi ini.
  3. Memberitahu semua ibu mengandung tentang kebaikan dan pengurusan penyusuan ibu.
  4. Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam masa setengah jam selepas kelahiran.
  5. Menunjukkan ibu-ibu cara menyusukan dan mengekalkan penghasilan susu walaupun mereka terpaksa dipisahkan daripada anak-anak mereka.
  6. Tidak memberikan bayi-bayi baru lahir makanan atau minuman selain susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan.
  7. Mengamalkan penyusuan di sisi ibu (“rooming-in”) – membenarkan ibu dan anak bersama-sama selama 24 jam sehari.
  8. Menggalakkan penyusuan ibu mengikut kehendak bayi.
  9. Tidak memberikan puting tiruan atau puting kepada bayi-bayi yang menyusu susu ibu.
  10. Menggalakkan penubuhan kumpulan sokongan penyusuan ibu dan merujuk ibu-ibu kepada mereka selepas keluar hospital atau klinik.






Dipetik dari:
http://duniasusuibu.com/aktiviti/minggu-penyusuan-ibu-sedunia-1-7-ogos-2010/




.

Friday, June 19, 2009

Susu

gambar tiada motif

awal2 pagi sudah bermesyuarat. Lega bila bos besar kata saiz ahli mesyuarat akan dikecilkan kepada ketua2 jabatan sahaja. Punya la lama mesyuarat , perut masing2 dah berkeroncong sebab sblm mesyuarat (8.15 mula) masing2 tak bersarapan. mujur saya dah sarapan nasik sebelum keluar rumah pg tadi.

Petang ni ada perhimpunan bulanan. biasanya petang2 ada goreng pisang/sukun.:). tapi dek kerana ptg ni ada agenda, kena alas perut awal2, saya minum Herbalife saja, kebetulan ada bekalan kat opis. tapi sempat juga ke kedai beli majalah Pa& Ma (memang biasa beli tiap2 bulan kebetulan Julai punya ada tunjuk cara pemakaian Cloth Diapers Lunatot) dan saya sambar Roti Gardenia Choco Raisin sebab malas nak singgah kedai beli nasi.

Saya tanya tauke kedai, ada tak air tin longan - jawabnya dah habis. dia kata lain air ada. saya jawab takpe. saya saja jawab, nak minum longan. dia kata kalau u suka longan baik u beli longan kering kat sinseh( ntah betul tak saya eja ni- tapi maksud dia kat kedai ubat cina lah). Kalau di ringkaskan jadi begini:

Longan kering (lbh kurang RM5)
Red dates/ buah merah
Rebus dengan gula batu.

manyak sedap ooooooooo.....

nak lagi sedap campur dengan buah kundur potong belah 4.

lagi sedapppppp

dalam kepala pikir mana lgi tempat nak beli longan kering selain dari kedai cina????


lepas tu saya pun sebut .. longan boleh tambah air susu badan.

sambung borak lagi...

kata dia tak berenti lg ke kasi susu badan. saya jawab, baru 4 bulan, kalau boleh nak sampai umur 2 tahun.

kata dia lg orang cina lepas 44 hari dah tak kasi lg, pasal masa pantang kita jaga makan, tapi lepas tu sudah makan luar, air susu dah tak bagus kasi budak. ( dalam hati saya sapa suruh makan benda tak khasiat :D)

saya kata, kalau kasi susu tepung pun susu lembu je, baik kasi susu ibu.

dia tambah lg, kasi la susu dari buah2 an. dia kasi anak dia minum susu keluaran Abbot. tapi harga boleh tahan la 900gm RM60 kalau tak silap lah. susu ekstrak dari buah2 an. bagus utk minda.

habis takat tu je perbualan kitorang pasal ada customer lain nak bayar..

wah, boleh tahan harga dia. utk anak2 yg dh cerai susu mungkin boleh dipertimbangkan, since susu tu pun sumbernya dari buah2an. Tapi utk yg sikecil ni , harus teruskan dengan penyusuan susu ibu

Monday, June 15, 2009

Pengalaman menyusu bayi


Dulu memang saya pernah rasa malu menyusukan anak dikhalayak ramai. Tapi dalam pada malu tu saya pernah menyusukan Nurin di dalam komuter. Suami tolong cover2 masa tu.

Masa giliran Adam pula, tak panjang tempoh dia menyusu, jadi saya tak banyak pengalaman dengan dia (kasihan Adam).

Bila Adib pula saya rasa, saya sudah semakin terbuka ttg bab2 menyusui bayi di public area. Dan pernah suami saya rasa ala2 nak cari tempat tersorok utk BF kan Adib. saya kata jangan risau, tau la saya nak cover line. Saya mungkin perlu punyai nursing cover, walaupun sekarang ni saya mampu cover dengan tudung je. Sementara Adib belum pandai selak menyelak boleh lg la kan. Time tu baru la sibuk2 nak shopping online cari NC yg lawa2.

Tuesday, May 5, 2009

Breastfeed bayi saya

Saya harus dan mesti gigih dalam usaha saya untuk menyusukan Adib secara eksklusif. Terus terang , saya gagal menyusukan adib pada 5 hari pertama dia dilahirkan kerana dia terpaksa di tahan di klinik untuk suntikan antibiotik (kes dah berak masa dalam perut- walaupun kalau ikut tarikh belum due date). dan saya pula tak larat nak berulang alik klinik - rumah masa tu. cuma seingat saya hari ke 3 je saya pergi dan dapat susukan dia sekali je masa tu.

kurang sebulan sebelum saya perlu masuk kerja saya dah mula buat stok. Hasil sharing idea dengan rakan sekerja yg dah berpengalaman ku kira, saya hanya gunakan ice-cream liner untuk simpan EBM saya. dan saya memerah susu saya secara manual sahaja. hampir tiada kos untuk menjayakan misi ini, insyaAllah.

hari-hari terawal ni, Adib masih bermasalah untuk minum susu menggunakan botol - laporan dari baby sitter lah. saya keringkan hati je lah bile dengar. Mudah2an lama2 nanti dia akan biasa, insyaAllah.

bukan tak pernah membekalkan EBM untuk anak bila saya bekerja. saya pernah buat dulu utk Nurin sehingga setahun, tapi Adam hanya utk 3 -4 bulan saja. entah apa sebabnya, tak ingat dah. tapi frust nya masih terasa hingga sekarang. saya terasa kebetulan pula masa adam berusia 5 bulan saya dah mula mengandungkan Adib.

harap2 saya punya stok mencukupi utk cover kalau2 saya kena kerja luar daerah. dah terdengar2 ada kena meeting luar tak lama lagi.

Thursday, October 23, 2008

Breastpump

Tiba2 saja ada tajuk ni dalam blog ku. Dari ke hari, ku memerhati produk2 yang ada dipasaran. This time aku, tanam tekad untuk beri Breastmilk (BM) to adik nurin & adam ni secara exclusive. Masa Nurin dulu aku dapat laksanakan sampai Nurin usia setahun then campur dengan Formula Milk (FM). And Nurin continue dengan BM + FM sampai usia dia 2 tahun 2 bulan di mana aku mula mengandungkan Adam. But pity for Adam dia cuma mahukan BM sampai usia dia 5 bulan sahaja. Tak sure what is the main reason dia refuse bila aku nak BF kan dia. Of course lah waktu tu aku dah start pregnant, tapi ada ke sebab BM dah rasa lain.

Keep eyeing on this type of Breastpump, since my colleague being using it.

Breastpump

Feels more like your baby than any other manual pump. The only manual pump with breakthrough Natural Expression. pumping for maximum milk flow.

First and only manual pump with Natural Expression pumping designed for faster let-down and milk flow
* SoftFit Breastshield massages while you pump
* Ergonomic swivel handle for maximum comfort and flexibility
* Easier assembly and cleaning fewer parts than other manual pumps
* Compatible with most standard baby bottles
* No batteries required



Had an experience using the Pureen battery Operated Breastpump. Bagi aku ia ok lah. Cuma makcik tak tahan nak beli baterinya selalu. Bateri kena yang paling koman pun Energizer.

Friday, October 10, 2008

Polisi Susu Ibu

"Semua ibu digalakkan menyusukan anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir hingga umur bayi 6 bulan dan meneruskannya hingga dua tahun (atau lebih). Makanan pelengkap boleh dimulakan pada umur 6 bulan."