Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Friday, November 13, 2009

Cheese Cake (tak perlu bakar)

2 Malam lepas, ada usaha dan kerajinan nak menyediakan cheese cake. Sebab dah teringin benar nak makan. lepas tidurkan budak2, sambil tengok cerita nenek kebaya. Nenek ni cakap sorang2 pulak, isk isk isk, tak mo cita lebih la.




Resepi diambil dari blog zura.

Bahan-bahan:

for base:
110g digestive biscuits, crushed into fine crumbs (actually tak sukat pun, guna 15 keping, hancur-hancur kan)
60g butter, melted (tak sukat jugak.. habiskan butter buat cupcake hari tu.. tuang dalam cookie crumbs tu sikit-sikit, kasi dia melekat..)

for filling:
250g cream cheese, soften at room temperature
60g caster sugar
200g non-fat plain yogurt (yogurt perisa asli - biasanya 135gm satu bekas tu.. guna 1 bekas setengah)
2 teaspoons gelatin powder (brand Nur ada tanda halal JAKIM)
3 tablespoon hot water

topping:
200 dark chocolate, melted with 5 tablespoons of fresh milk
and Strawberry Jam

Cara-caranya:

1. Untuk base, cookie crumbs tu digaulkan dengan melted butter. Pastu tekankan sampai padat dalam bekas. Sejukkan selama 30 minit.
2. Dalam mixer, pukul cream cheese sampai dia jadi creamy warna putih (dalam 2-3 minit), add sugar dan mix lagi sampai sebati (dalam 3-4 minit gak).
3. Pastu masukkan yogurt, dan continue mix (dalam seminit)
4. Larutkan gelatin dalam air panas, pastu masukkan dalam mixer sekali dgn adunan tu. Mix sampai sebati.
5. Tuangkan atas base. Sejukkan.
6. Untuk topping, buat double boiler untuk cairkan coklat + fresh milk atau spreadkan strawberry jam.


Sebahagian gambar memproses....



Bahan2, saya tak dapat cari gelatin, jadi saya ganti dengan serbuk agar2,
tu sebab cream cheese tu jadi tak berapa kental (saya rasa la)




padatkan cookie crumbs




bahan2 dah sebati dalam mixer bowl




tuang ke atas cookie crumbs yg dah disejukkan dalam fridge.
nampakkan ia tak kental, sebab ia masih boleh mengalir bila dituang. so next time kena dapatkan juga gelatin




lepas solat subuh, saya cari ni dulu utk alas perut sebelum mula masak.
dah tak boleh sabar



Ok, sila cuba resepi ini, insyaAllah sedap



Monday, November 9, 2009

Kobis Goreng bersama Udang

Kobis goreng bersama udang

1 biji bawang besar dihiris

3 biji bawang merah dicincang

1 biji bawang putih dicincang

1/4 Kobis di potong2 kecil

10 ekor udang saiz sederhana

1 batang serai di potong

1 inci halia di hiris kasar

sedikit garam


cara masak:

panaskan sedikit minyak, tumis semua bawang dan halia, masukkan udang, kacau2 kemudian masukkan sayur, last sekali baru masukkan halia. dan garam sebagai perisa.



sejak2 ni saya selalu kehilangan skill memasak, mgkin kerana dah jarang memasak agaknya.

mula2 nak buat sambal udang, tapi malas pulak sebab nanti kena masak 2 lauk sebab nurin dan adam tak makan pedas. jadi saya tukar resepi lain.

wah waktu makan nurin tambah nasi, sebab dia kata lauknya sedap.

abang pun kata sedap walaupun dia tak tambah nasi, kenyang katanya sebab saya dah hidangkan dia dengan sepotong pizza dan secawan nescafe masa dia sedang menonton Buletin Utama semasa saya memasak.

Adam, no komen. cukup syukur kalau time dia makan dia tak terbalikkan pinggan atau tabur nasi atas lantai, atau masukkan tangan dalam mangkuk lauk.

nota: tak ada gambar sebab sibuk sangat menjamu selera dan melayan anak2 makan.

Thursday, July 9, 2009

Jom minum longan





atas cadangan haza, saya telah berjaya mendapatkan bahan-bahan yg lengkap utk buat minuman longan. of course lah main purpose nya nak increase milk supply.

saya dapatkan semua bahan tu di Giant.


Longan Kering + Red dates + Halwa kundur + gula batu


Halwa Kundur saya potong dadu, bersama bahan lain saya masuk saja dalam periuk.

semua bahan tu saya masukkan dalam plain water, rebus dengan api yang sederhana sampai mendidih kira2 sejam. Kira2 jugalah sampai bahan (longan dan red dates tu lembut)

agak2 lah ya berapa banayk nak buat, dan agak2 sendiri lah manis mana kita nak.

en suami pun suka minum air longan ni. tambah sikit lg bahan2 lain macam cincau, buah kembang sebangkok dah boleh jadi lai ci kang pulak......







Friday, June 19, 2009

Susu

gambar tiada motif

awal2 pagi sudah bermesyuarat. Lega bila bos besar kata saiz ahli mesyuarat akan dikecilkan kepada ketua2 jabatan sahaja. Punya la lama mesyuarat , perut masing2 dah berkeroncong sebab sblm mesyuarat (8.15 mula) masing2 tak bersarapan. mujur saya dah sarapan nasik sebelum keluar rumah pg tadi.

Petang ni ada perhimpunan bulanan. biasanya petang2 ada goreng pisang/sukun.:). tapi dek kerana ptg ni ada agenda, kena alas perut awal2, saya minum Herbalife saja, kebetulan ada bekalan kat opis. tapi sempat juga ke kedai beli majalah Pa& Ma (memang biasa beli tiap2 bulan kebetulan Julai punya ada tunjuk cara pemakaian Cloth Diapers Lunatot) dan saya sambar Roti Gardenia Choco Raisin sebab malas nak singgah kedai beli nasi.

Saya tanya tauke kedai, ada tak air tin longan - jawabnya dah habis. dia kata lain air ada. saya jawab takpe. saya saja jawab, nak minum longan. dia kata kalau u suka longan baik u beli longan kering kat sinseh( ntah betul tak saya eja ni- tapi maksud dia kat kedai ubat cina lah). Kalau di ringkaskan jadi begini:

Longan kering (lbh kurang RM5)
Red dates/ buah merah
Rebus dengan gula batu.

manyak sedap ooooooooo.....

nak lagi sedap campur dengan buah kundur potong belah 4.

lagi sedapppppp

dalam kepala pikir mana lgi tempat nak beli longan kering selain dari kedai cina????


lepas tu saya pun sebut .. longan boleh tambah air susu badan.

sambung borak lagi...

kata dia tak berenti lg ke kasi susu badan. saya jawab, baru 4 bulan, kalau boleh nak sampai umur 2 tahun.

kata dia lg orang cina lepas 44 hari dah tak kasi lg, pasal masa pantang kita jaga makan, tapi lepas tu sudah makan luar, air susu dah tak bagus kasi budak. ( dalam hati saya sapa suruh makan benda tak khasiat :D)

saya kata, kalau kasi susu tepung pun susu lembu je, baik kasi susu ibu.

dia tambah lg, kasi la susu dari buah2 an. dia kasi anak dia minum susu keluaran Abbot. tapi harga boleh tahan la 900gm RM60 kalau tak silap lah. susu ekstrak dari buah2 an. bagus utk minda.

habis takat tu je perbualan kitorang pasal ada customer lain nak bayar..

wah, boleh tahan harga dia. utk anak2 yg dh cerai susu mungkin boleh dipertimbangkan, since susu tu pun sumbernya dari buah2an. Tapi utk yg sikecil ni , harus teruskan dengan penyusuan susu ibu

Saturday, May 16, 2009

Soya

Minum soya boleh bantu stimulate BM. Semalam Alhamdulillah EBM saya , yg saya expressed antara jam 3 ptg hingga 4.30ptg mencapai pengeluaran sebanyak 14oz. saya dapat 7 stick, which is one stick contain of 2oz EBM. Pagi itu tak sempat nak express sebab sibuk dengan persijilan 5s dan selepas tu saya sibuk pergi shopping baju di Giant muar. (wah saya sudah ada new port tempat shopping blouse dengan affordable price). Shop lot tu baru bukak katanya. banyak choice.


oh berbalik pada kisah soya. pernah dulu sekali saya cuba buat air soya sendiri. saja mencuba.

1/2 kg kacang soya.
rendam dengan air supaya ia lembut - boleh diramas dan kulitnya akan tertanggal, kulitnya timbul dan dibuang.

blend kacang soya dengan air masak/air bertapis (filtered machine). blend sikit2. kuantiti air saya bubuh 2 kali kuantiti kacang. kalau kacang 1 mangkuk, jadi airnya 2 mangkuk. kuantiti air menetukan kepekatan air soya.

bila dah siap blend semua, rebus blended soya tadi dalam periuk dan bubuh gula ikut manis yang kita sesuai sampai didih. hati2 jaga ia sebab ia akan membuak dan tumpah. so kena kacau perlahan2.

tapi tadi ada adik soya datang jual soya panas. bayar 2 ringgit saje utk 1 plastik, tak perlu susah2 memasak :)

Friday, April 24, 2009

seminggu je lagi

sebelum saya harus mula bekerja, selepas cuti 60 hari + 10 hari cuti rehat, sebab baby sitter baru akan mula pada mei.

mula lah saya akan rindu saat2 bersama anak2 dan suami di rumah. walaupun sebenarnya duduk di rumah memenatkan tapi hati puas, semuanya berada di dpn mata.

saya baru je mula buat stok breast milk utk adib dalam 2 minggu lebih. nampak dia agak susah nak terima puting tiruan tuh. kasihan, tiap kali saya sua kan ke mulutnya, bagai nak muntah dia menolak. harap2 EBM saya cukup untuk supply ke rumah babysitter.

Adam dah hampir pulih dari chicken pox nya, dah tak ada tumbuh yg baru, dan yg sedia ada dah mula kering. Masa baru nak keluar tu, saya beri dia minum air kelapa, lepas tu saya tak mandikan dia, ini paling kasihan. manakan tidak , dia tu kuat berpeluh, lepas tu tak mandikan cuma lap2 saja, masuk hari ketiga dah cukup sengsara saya tgk dia, saya mandikan dia dengan berbilaskan air basuhan beras.

Baju2 adam saya rebus, risau takut berjangkit. huhuhu banyak benda kena buat kalau kena sakit ni. itu kalau ikut kata mak dan MIL saya, tak leh masak goreng2 dalam rumah..... pantang.

Lepas ni bila dah kering semua, baby sitter baru tu kata blend kan buah cermai, campur tepung beras dan ibu kunyit. lepas tu lumurkan kat badan tempat yg ada CP tu. biar tak berparut katanya.

Sejak dah 2 hari ni saya buat sarapan anak2 dengan menu lempeng (or saya panggil pan cake, huhuhu). Resepi hentam saja la... 2 senduk tepung gandum + 2 sudu besar susu tepung + 1 biji telur + 2 sudu besar susu manis dan sedikit garam dan air ikut lah agak2 cair. nampaknya diorang suka, makan cicah dengan gula.

cadangnya nak balik umah MIL petang ni, tapi saya tak packing barang lg. okeh....kena berkemas sekaRANG.