Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Tuesday, August 24, 2010

Redhalah dengan ujian ini

YaAllah,

kenikmatan yg ada pd ku berasal dariMu,
ku memujiMu ya Rabb.
Kesulitan yg ada dlm hidup kami berasal dariMu,
Maka beriklah aku kekuatan agar kesulitan itu menjadi kafarat dosa ku, Aku berlindung kepadaMu atas azab yg pedih dariMu... berikan ku kesabaran, berikan ku kecintaan pd-Mu dan rasul-Mu Baginda Nabi Muhammad SAW...




sesungguhnya Ya Allah,
berikanlah aku kekuatan untuk mengharungi dugaan yang sedang kau uji pada diri ini.
Tabahkan lah hati ini Ya Allah.
Ku Mohon Ya Allah, jangan lah aku menjadi hamba yang tidak redha dengan ujian ini
Mantapkan lah hati ini ya Allah.

Ya Allah,
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pemberi Kurnia,
Kurniakan aku dengan kebaikan di dunia dan di akhirat.

Amin...


Friday, August 13, 2010

Waktu-waktu Mustajab Berdoa



Allah memberikan setiap waktu dengan keutamaan dan kemuliaan yang berbeza-beza, di antaranya ada waktu-waktu tertentu yang sangat baik untuk berdoa, akan tetapi kebanyakan orang mensia-siakan kesempatan yang baik tersebut. Mereka menyangka bahawa seluruh waktu memiliki nilai yang sama dan tidak berbeza. Setiap muslim seharusnya memanfaatkan waktu-waktu yang utama dan mulia untuk berdoa agar mendapatkan kejayaan, keuntungan, kemenangan dan keselamatan. Adapun waktu-waktu mustajaba tersebut antara lain ialah


(1). Sepertiga Akhir Malam Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda. "Ertinya : Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya" . (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat bab Doa Nisfullail 7/149-150)

(2). Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa
Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash Radhiyallahu 'anhu bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda. "Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak". (Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da'watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17),

(3). Setiap Selepas Shalat Fardhu
Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, baginda Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab. "Ertinya : Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai shalat fardhu". (Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'awaat 13/30. Dishahihkan oleh Al-Albani di dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782).

(4). Ketika Saat Perang Berkecamuk
Dari Sahl bin Sa'ad Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda. "Ertinya : Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak ; doa ketika saat adzan dan doa ketika perang berkecamuk". (Sunan Abu Daud, kitab Jihad 3/21 No. 2540. Sunan Baihaqi, bab Shalat Istisqa' 3/360. Hakim dalam Mustadrak 1/189. Dishahihkan Imam Nawawi dalam Al-Adzkaar hal. 341. Dan Al-Albani dalam Ta'liq Alal Misykat 1/212 No. 672).

(5). Sesaat ketika Hari Jum'at
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawa Abul Qasim Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda. "Ertinya : Sesungguhnya pada hari Jum'at ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut". (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuah 3/5-6) Waktu yang sesaat itu tidak boleh diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203. Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai shalat Jum'at atau sehingga selesai waktu shalat ashar bagi orang yang menunggu shalat maghrib.

(6). Ketika Waktu Bangun Tidur Pada Malam Hari Bagi Orang Yang Sebelum Tidur Dalam Keadaan Suci dan Berdzikir Kepada Allah
Dari 'Amr bin 'Anbasah Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda. "Ertinya :Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya" . (Sunan Ibnu Majah, bab Doa 2/352 No. 3924. Dishahihkan oleh Al-Mundziri 1/371 No. 595) Terbangun tanpa sengaja pada malam hari.(An-Nihayah fi Gharibil Hadits 1/190) Yang dimaksudkan dengan "ta'ara minal lail" terbangun dari tidur pada malam hari.

(7). Doa Di antara Adzan dan Iqamah Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda. "Ertinya : Doa tidak akan ditolak di antara adzan dan iqamah". (Sunan Abu Daud, kitab Shalat 1/144 No. 521. Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'waat 13/87. Sunan Al-Baihaqi, kitab Shalat 1/410. Dishahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139)

(8). Doa Ketika Waktu Sujud di Dalam Shalat
Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda. "Ertinya : Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan". (Shahih Muslim, kitab Shalat bab Nahi An Qiratul Qur'an fi Ruku' wa Sujud 2/48) Yang dimaksudkan adalah sangat tepat dan layak untuk dikabulkan doa kamu.

(9). Ketika Saat Sedang Hujan Dari Sahl bin a'ad Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda. "Ertinya : Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan". (Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami' No. 3078). Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).

(10). Ketika Saat Ajal Tiba Dari Ummu Salamah bahawa Rasulullah 'alaihi wasallam mendatangi rumah Abu Salamah (pada hari wafatnya), dan beliau mendapati kedua mata Abu Salamah terbuka lalu beliau 'alaihi wasallam memejamkannya kemudian bersabda. "Ertinya : Sesungguhnya tatkala ruh dicabut, maka pandangan mata akan mengikutinya' . Semua keluarga histeria. Baginda 'alaihi wasallam bersabda : 'Janganlah kalian berdoa untuk diri kalian kecuali kebaikan, kerana para malaikat mengamini apa yang kamu ucapkan". (Shahih Muslim, kitab Janaiz 3/38)

(11). Ketika Lailatul Qadar
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman. "Ertinya : Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar". (Al-Qadr : 3-5) Imam As-Syaukani berkata bahawa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan. (Tuhfatud Dzakirin hal. 56)

(12). Doa Ketika Hari Arafah
Dari 'Amr bin Syu'aib Radhiyallahu 'anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda. "Ertinya : Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah". (Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'waat 13/83. Dihasankan oleh Al-Albani dalam Ta'liq alal Misykat 2/797 No. 2598)

Sumber: http://www.zaharuddin.net




** Alhamdulillah, Allah telah makbulkan doa saya, hari ini saya diberi kemudahan melaksanakan sesuatu dan diberi rezeki yang tidak saya duga.

Friday, July 16, 2010

Rezeki lagi



Salam Jumaat.

Pagi-pagi dah dapat sampul surat dari bank. Saya sedikit phobia dengan surat-surat dari bank. Walaupun dah tak de sangkut paut dengan bank-bank lain selain dari Bank Rakyat dengan tagline"Saya Mesti Pilih" tu, tapi masih seram-seram bila tengok surat bank. Mana tau ada pulak yang saya terlepas pandang. Oh, tak dilupa, kereta saya masih milik Bank.

:P

Senyum-senyum sendirian, bila buka sampul surat dan nampak cek. Saya memang lemah mengingat dan mengurus wang.. Ambank pulangkan lebihan potongan dari pinjaman peribadi saya. Kalaulah lebihan-lebihan begini tak diberi kalau tak dituntut, untung bank kan bila pelanggan-pelanggannya pelupa, culas macam saya.





Apa pun ni rezeki lah saya kira tapi belum tentu cek ni milik saya seorang.

Segala apa harta yang masih ditangan belum tentu ia menjadi milik kita.
Milik kita hanyalah apa yang telah kita belanjakan.

Maka saya tak tau lagi dengan sapa saya kan berkongsi cek ni.

Ada satu malam tu saya berdoa dengan segala kesungguhan kerana ada berlaku perkara yang menekan perasaan masa tu juga baru lepas menonton Rancangan Halaqah Sentuhan Qalbu. Saya tengok siaran ulangan dalam tv9.com.my, bersendirian. Episod Kontrak Hidup. Rasa, banyaknya nak kena betulkan dalam diri ni.

Benarlah, Allah akan memberi jika hambanya meminta, berdoa bersungguh-sunguh seikhlas hati.

Esoknya saya dapat selesaikan satu masalah dipejabat. Teringat doa saya malam tadi. Alhamdulillah Allah beri satu.

Kena ingat, kalau Allah belum beri atau makbulkan doa kita dalam bentuk nikmat atau rezeki, insyaAllah doa itu akan jadi bekalan diakhirat.

InsyaAllah..

Thursday, January 22, 2009

Bismillah

ADAPTASI KALIMAH BISMILLAH BUAT KEKASIH dipetik dari sini


Sayang
Nabi Muhammad s.a.w bersabda
"Tiada seorang hamba pun menggucapkan Bismillah
KECUALI
Allah perintahkan malaikat yang bertugas
Mencatat amal manusia untuk dicatatkan
Ke dalam buku induknya 400 kebaikan"

Sayang
Bacalah bismillah 21 kali
Kala tidurmu setiap hari
Maka kau akan aman
Tiada gangguan syaitan
Tiada kecurian
Dijauhi bala
Dihindari maut mendadak

Sayang
Amalkan Bismillah setiap kali
Ketika jimak halal kita
Nescaya bakal lahir
Zuriat kita yang soleh
Cerdik dan terbuka hatinya
Agar kita menerima kebajikan
Setiap hela nafasnya

Sayang
Disamping kita berkerja
Jangan lupa amalkan
Bacalah Bismillah 313 kali
Berselawat atas Rasullullah 100 kali
Sebaiknya disetiap pagi Ahad
Disaat mentari terbit
Mengadaplah ke Kiblat
Nescaya Allah memberi rezeki
Tiada terduga oleh kita
Bersama fadhal dan kemurahan-Nya

Sayang
Bacalah Bismillah 786 kali
Tiuplah ke air
Berikan cahayamata kita minum
Pada setiap matahari terbit
Bacalah selama 7hari berturut
Nescaya hilanglah bebalnya
Mudahlah akan ia menghafal apa yang pelajari

Sayang
Bacalah Bismillah sekiranya kau gentar
Kalamana kau berhadapan dengan orang bengis
Bacalah 50kali dihadapannya
InsyaAllah dia akan tunduk padamu
Mungkin ia akan takut padamu

Sayang
Amalkan Bacaan Bismillah
Pada bila-bila masa
Disetiap memulakan sesuatu perkara
Ajarilah zuriat kita
Ajarilah muridmu
Agar mereka beramal
Yakin kita pada Allah



Tuesday, January 6, 2009

Israel memang melampau, Doakan kemusnahan mereka

Qunut Nazilah


Bacalah Qunut an-Nazilah buat saudara-saudara kita di Gaza

Assalamualaikum wbt.
Mari kita doakan saudara-saudara kita di Gaza. Lakukanlah sunnah Rasulullah saw dengan melaksanakan doa Qunut an-Nazilah di dalam solat lima waktu, ketika selepas ruku’ pada rakaat terakhir.
Caranya : Doa Qunut seperti Qunut Subuh tetapi dilaksanakan pada setiap kali solat fardhu
( Subuh – Isyak ) selepas rukuk yang terakhir

Dalil :

1) Dari Ibnu Abbas, beliau berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah qunut selama satu bulan secara terus-menerus pada shalat Zhuhur, ‘Ashar, Maghrib, Isya dan Shubuh di akhir setiap shalat, (yaitu) apabila baginda mengucap Sami’Allahu liman hamidah di raka’at yang akhir, beliau mendo’akan kebinasaan atas kabilah Ri’lin, Dzakwan dan ‘Ushayyah yang ada di perkampungan Bani Sulaim, dan jemaah di belakang baginda mengucapkan amin.

Hadits ini telah diriwayatkan oleh Abu Dawud(1), Ibnul Jarud(2), Ahmad(3), al-Hakim dan al-Baihaqi(4). Dan Imam al-Hakim menambahkan bahawa Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata: Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah mengutus para da’i agar mereka (kabilah-kabilah itu) masuk Islam, tetapi mereka membunuh para da’i itu. ‘Ikrimah berkata: Inilah pertama kali qunut diadakan. (Lihat Irwaa-ul Ghalil II/163)

2) Dari Abu Hurairah, “Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, apabila hendak mendo’akan kecelakaan atas seseorang atau mendo’akan kebaikan untuk seseorang, beliau mengerjakan qunut sesudah ruku’, dan apabila baginda (selesai) membaca: Sami’allahu liman hamidah, (lalu) baginda membaca, ‘Allahumma… dan seterusnya (yang ertinya: Ya Allah, selamatkanlah Walid bin Walid dan Salamah bin Hisyam dan ‘Ayyasy bin Abi Rabi’ah dan orang-orang yang tertindas dari orang-orang Mukmin. Ya Allah, keraskanlah seksa-Mu atas (kaum) Mudhar, Ya Allah, jadikanlah atas mereka musim kemarau seperti musim kemarau (yang terjadi pada zaman) Yusuf.’”
(Hadits shahih riwayat Ahmad ii/255 dan al-Bukhari No 4560 )

Fatwa Syeikh al-Usaitmin : " Sekiranya Pemerintah mengeluarkan arahan supaya rakyatnya membaca Qunut Nazilah maka wajib setiap muslim melaksanakannya."

Semoga kita menghidupkan Sunnah Rasulullah SAW dengan melaksanakan apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW ketika umat Islam ditimpa kecelakaan seperti mana yang berlaku sekarang ini di GAZA Palestin. Apa yang menyedihkan ramai yang simpati pada sahabat-sahabat di Palestin tetapi meninggalkan sunnah Rasulullah SAW dengan menganggap solat sunat hajat sudah memadai. wallahu a’lam.

sebarkan kepada saudara muslimin dan muslimat kita

Tuesday, August 19, 2008

doa yang baik


Ya Allah S.W.T. , Aku tidak menghiraukanmu ketika aku dalam kesenangan. Ya Allah, aku sentiasa lalai tanggungjawabku padamu Ya Allah. Kesusahan pada diriku semasa aku bertemu denganmu Ya Allah. Keburukan pada lembaran catatan amalanku tidak sanggup aku hadapinya Ya Allah. Ya Allah apatah lagi jika amalan aku ditayangkan kepada segala mahklukmu tentu menakutkan sekali Ya Allah, hingga aku tidak tahu dimana harus aku sembunyikan wajahku Ya Allah. Ya Allah, engkau sentiasa berbuat baik dan menambahkan nikmat padaku, tetapi aku membalasnya dengan kemungkaran dan dosa yang sentiasa bertambah setiap hari. Ya Allah, hanya padamu aku berlindung, aku berserah dan aku menyembah. Ya Allah ! Sesungguhnya tidak layak bagiku untuk mengharapkan syurgamu, akan tetapi aku mohon padamu dengan kemurahan dan kurniamu serta belas kasihanmu, Ya Allah agar engkau ampuni dosaku dan kasihani diriku, dosa ayah,ibu adik-adikku, anak-anak dan isteriku. Sesunguhnya, Ya Allah engkau tuhan yang patut aku sembah dan sentiasa memberi ampunan kepada makhluk yang sentiasa bertaubat.
Amin Ya Rabbil Alamin berkat Selawat Keagunggan kepada Rasullullah S.A.W. yang tercinta.


Di copy paste dari
http://gentleways.blogspot.com/2006/02/prayer-for-forgetful.html

Tuesday, July 15, 2008

Doakan untuk anak

Dah 2 hari Adam demam. Setiap kali minum mesti muntah semula walau sedikit. Banyak kerja tak kesampaian aku nak buat.
Terima kasih abang sebab banyak membantu buat kerja rumah.

Petang semalam, kami bawa Adam dan Nurin berurut. Sebab terfikir mungkin badan diorang ni terkehel ke apa ke kan. Hmmm kanak2, ligat je kan.

Borak punya borak ngan makcik tu, aku pun cerita lah aku ada bawak sorang lg kat dalam perut. Sedikit terkejut riak muka makcik. Aku senyum je. "Rezeki dari Allah makcik"

:)

Cuma makcik pesan....teruskan amalkan doa 'tu' ya.

InsyaAllah....makcik.

Tu makcik bgtau, insyaAllah, kalau kita amalkan doa tu anak2 senang dengar kata.

Jom kita amalkan doa tu. Cari dalam Surah AlQuran.

Surah Al-Ahqaaf,

Di dalam ayat ke 15

Bermula dari Koola Rabbi au zi'ni ......wa inni minal muslimiin.

Yang mana tafsirnya memberi maksud seperti ini:

"Ya Tuhanku, berikan lah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmatmu yang telah engkau limpahkan kepada ku dan kepada kedua orang tuaku , dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang engkau redhai dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. sesungguh aku bertaubat kepada engkau, dan sungguh aku termasuk orang muslim"

Monday, June 2, 2008

ayat penggerak

Seorang kawan telah mengemailkan kandungan berikut kepada ku:
Ayat ni sering aku lagukan untuk anak2 sebelum diorang tidur. Dan baru sekarang aku tau khasiatnya. Sama2 kita ambil manfaat, InsyaAllah


DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)

Oleh: Ismail bin Abu Bakar

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;

Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, "Mudarat" membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya'Allah kita akan terhindar daripada "mudarat" yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;


1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.


Keberuntungan beramal dengan doa ini


Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai "Ayat Pengerak" kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya'Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya'Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada' Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada' Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.


Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya'Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.


Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.


Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya'Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.

Friday, May 9, 2008

Assalamualaikum

Sebaik2 salam adalah:

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Juga sebaik2 menjawab salam :

Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh


dimana di dalamnya doa,

sejahtera ke atasmu dan rahmat serta keberkatan

Monday, April 14, 2008

Cuti Cemas

Apa makna cuti cemas/Kecemasan @ EL ek?

aku slalu amik cuti gitu. jarangnya aku amik cuti yg di plan cantik2. dan harini sekali lagi aku EL.

Pagi tadi aku dah elok2, siap2 nak ke opis, aku hantar 2 baby tu ke umah cik besah. tapi dah sampai sana baru sedar beg sekolah Nurin tertinggal. Ok Nurin harini watch cartoon je lah kat sini ek.

dan aku drive kelam kabut sbb nak reach Muar Town before 7.15am, nak tukar keta ngan abang utk dihantar keretaku ini yg dah serupa keta kontraktor masuk construction site. but half way aku buat keputusan tuk amik EL.

Dari malam tadi dah bermain dalam kepalaku ni. Macam mana mak (ibu mertuaku) hari ni. mak demam, sapa nak tgk2 kan dia? abang balik keja malam mesti mengantukkan. Sampai kat parit bakar aku call abang, kata tak jd pi keja. pastu kami breakfast roti canai sambil tinggal keta ku dicuci.

on d way back, call Klinik set appointment ptg ni - Adam perlu di suntik. so esok melaka cuti aku dah boleh rilek je di rumah dengan family. Esok anak2 sedara sekolah, tenang sikit....

Sampai rumah, ajak mak ke rumah sahabatnya kat Sungai Balang (mak pah). rawatan tradisional, ini yg serasi dengan mak, dengan izin Allah...Anak mak (abang) da selamat bermimpi dah....

Dan... harini 2 orang bos pompuan amik EL, sorang mak mertua demam, sorang anak demam. dan 2-2 kami ni patutnya hadir ke kursus Parenting at Work.

..............................................................

bila difikirkan, aku paling risau kalau orang tua demam baik makku sendiri atau ibu mertuaku. Sebabnya aku khuatir aku tak dapat jaga diorang kalau diorang sakit/demam. Menjadi wanita bekerjaya, suami ke, anak ke, parents ke yang sakit adalah sukar untuk kita buat pilihan. Samada nak pergi kerja juga ke, atau nak jaga yang tak sihat di rumah. Dan biasanya aku akan pilih tak pergi kerja, sebab kalau aku pergi juga kerja, maka hatiku tak tenteram.

Sebab tu perlunya kita berdoa supaya ahli keluarga kita sihat sentiasa. Supaya mereka tu boleh jalani kehidupan seharian dengan sempurna, boleh buat amal ibadah dan kita sendiri tenang memikirkan tentang mereka ni...

Dan aku ni bekerja tak banyak perkara aku dapat bantu ibu mertuaku di rumah. Jadi bila dia tak sihat macam ni aku ambik kesempatan offer dia kalau2 nak pergi berubat ke, apa ke? nak bubur ke?

Bukan nak berlagak bagus tapi aku rasa, ini je salah satu peluang nak berbakti dengan dia...