Showing posts with label sewing. Show all posts
Showing posts with label sewing. Show all posts

Saturday, February 20, 2010

Projek

Dengan hanya 4 langkah,


Pilih corak yang berkenan/berkenaan









Tetapkan abjad corak pilihan






Tetapkan jarak langkauan mata jarum






Lebar langkauan mata jarum







Ini lah hasil dari mesin Ringgo
















Sangat sesuai utk orang yang tak ada masa banyak nak menjahit, sibuk dengankerja, sibuk dengan anak2 kat umah, tapi tetap nak jahit baju sendiri ( memandangkan upah tempah baju dah boleh dapat beli lagi sepasang kain), berangan juga nak corak lawa2 kat leher dan lengan tangan, macam saya ni kan......

Siap juga akhirnya projek baju kurung pahang


:)






Thursday, December 10, 2009

Mesin Jahit

Selalu bila ber blog-hopping , terjumpa blog yg ada kisah2 interest orang in sewing, buat artwork, patchwork bagai.

Rasa kagum macam mana diorang boleh jahit camni camtu. buat jahitan, buat baju anak dara - comel2. Pastu buat beg sendiri, ada sulam2, corak2.

Kisahnya selasa lepas, ada 2 budak muda belia, datang umah.

Ada program mengajar menjahit dari kampung ke kampung.

Dia jahit sampai siap 1 tote bag. lupa nak snap lak.

Wah, saya teruja sbb mesin tu boleh jahit macam2, lurus, corak, jahit butang, jahit zip sembunyi.

Saya kata cam mesin epal jek, leh jahit macam2. Memang pun keluarga epal, cuma nama mesin ni Ringo

Abis jahit dia bukak cita camna nak join program tu.

Kita bukan beli mesin, tetapi join latihan dan kita diberi mesin jahit.
Boleh pergi kelas dia, sini paling dekat - di Melaka.
Each class session, akan diajar 1 projek.
Boleh entertain kita kat umah, if any masalah dgn mesin or tak faham ttg jahitan, call dan dia akan datang - bab ni tak tau la berapa ramai orang dia ada sampai boleh entertain bila2 masa kat rumah.

Dapat magazine tiap2 bulan dalamnya ada manual utk setiap projek yg diajar dalam class.

Bab kos , ingat2 lupa akak,

tapi lebih kurang kalau tak silap,

kalau daftar dengan diorang (ada la kait mengait dengan join venture degan kementerian apa tah- program desa ke apa ek) ni kosnya total 2999 - inclusive class, machine, ada la gift dia - boleh bayaran secara ansuran.

tapi kalau lain kali gi sendiri kat center dia sana, kandungan pakej sama bayaran dia +/- 7000.

tak cita banyak lah, akhirnya kami sign,

pujuk2 adik saya supaya sponsor down payment rm299, malam tu juga dan mesin pun di deliver malam tu jugak. so next 10 month , rm250/month


tangan ni gian je nak jahit, tapi baru je pegang, Adam dah datang sentuh sana, sentuh sini. Nanti bukan kain yang kena jahit......

Wednesday, April 29, 2009

menghitung hari

saya sedang menghitung hari... tinggal beberapa hari saja lagi saya akan kembali bertugas. saya tak kisah sangat utk pergi kerja hari-hari tu. walaupun penat memandu sejauh 100km pergi dan balik setiap hari. cuma kalau kena bertugas di luar daerah, itu sangat lah tak best :(

satu lagi saya sangat malas hari2 nak pikir nak pakai baju apa, lebih2 lagi jika perlu iron baju. biasanya mesti cari baju yg tak payah iron. rasanya ramai yg sependapat. saya ada simpan banyak kain (kain ela yg belum dijahit). ada yg saya beli semasa mengandungkan nurin lagi, hmmm yg ni kalau dikira design dah tentu ketinggalan zaman, sebab dah 5 tahun yg lalu. termasuk yg saya baru beli masa lepas confinement baru2 ni, saya ada 8 pasang kain ela yg belum dijahit. sejak 2 minggu lepas, saya ada berusaha utk menjahit baju sendiri dan pulak tu teringin nak buat kurung riau/kurung pahang. tapi sehingga petang tadi saya berjaya memotong dan mencantum 3 pasang pakaian. saya kira bersyukur / berjaya sebab dalam sibuk2 dengan anak2 yg comel tu saya dapat buat walaupun tak sampai separuh dari bilangan yg ada.



(sila abaikan sepah2 kat tepi tu) tapi baju tu masih belum siap 100%. saya perlu kelim dihujung baju dan tangannya.

esok pula saya akan pergi ke klinik untuk dapatkan present (jab) Adib di pehanya yg gebu itu.

semalam petang, saya dan mak kalut sebentar, sebab dapat call atuk sesak nafas, kami bekejar ke klinik, nak jengah atuk sebelum atuk dibawa oleh ambulan ke hospital.BP atuk jejak 193. saya kira itu sangat tinggi. tapi Alhamdulilah, jam 9.30 malam kami dapat call dari makcik, kata atuk dah lega lepas dimonitor di hospital dan dah dibawa pulang ke rumah.