Tersangat lama saya tidak menulis di sini. Macam2 perkara hendak dibuat. Banyak urusan nak diselesaikan. Orang lain sibuk juga. Ni lah akibat tak urus masa dengan jayanya.
Cuti sekolah dah berlalu 4 hari . Dari sebelum cuti saya rasa gembira sebab memikirkan cuti sekolah 2 minggu rujuk salah satu dari kalendar yang tergantung di rumah. Seronoknya. Kurang sedikit cerita kalut di pagi hari, dengan riuh rendah suara saya nak suruh Nurin bersiap ke sekolah, sambil2 risau kalau suara saya akan membangkitkan adik2nya dari tidur yg kemudiannya akan meriuhkan lagi suasana pagi.
Rupa-rupanya catatan pada kelendar tu salah. cuti sekolah cumalah seminggu. Syukur juga la (daripada tak ada cuti langsung). Mujur kerja-kerja sekolah yang diberi dah disiapkan pada hari sabtu cuti bermula.
Homework dari cikgu sekolah agama untuk saya ada juga. Catatan sepanjang cuti tentang aktiviti Nurin di rumah. Solat, mengaji, hafazan doa.
Bila cuti sekolah, kasihan juga dia. Sebab saya tak bercuti sama. Hujung minggu pun saya sibuk menyelesaikan kerja-kerja rumah (biasalah).
Mujur tak banyak permintaan oleh anak2. mandi-manda di paip kat laman rumah tu pun dah cukup menggembirakan mereka. Bermain badminton di rumah atuk, jadi hobi baru. Paling2 pun merengek minta dibuatkan aiskrim malaysia (perisa anggur).
Alhamdulillah.
Banyak benda bersarang dikepala, bersarang dihati. Mintak jauh dari bersangka buruk dengan Allah tatkala menghadapi ujian ini.
0 comments:
Post a Comment