Monday, April 7, 2008

Terlupa dan terlewat

Aku ada temujanji klinik untuk bawa Adam untuk bulan yang ketiganya pada minggu kedua MAc. Tapi oleh kerana Mac adalah bulan yang agak sibuk, memandangkan 2 minggu pertama aku kena kerja luar, maka aku telah terlupa untuk bawa adam. dan minggu pertama April, bila aku semak kad perkembangan Adam, baru aku terperasan sebenarnya Adam perlu di bawa ke klinik bukan saja untuk di timbang dan dilihat perkembangannya tapi untuk suntikan bulan ketiga juga.
Dan Rabu lepas aku telefon ke Jururawat Desa untuk tukar ke tarikh yg baru dan dia bg tarikh esok 8 April. Malam tadi baru aku sedar (itu pun sebab orang2 kat rumah tu sibuk bercerita esok Johor Cuti) maknanya adam punya appointment kena tunda lagi. nak tukar appointment , call JD tu tak berjawab pula. Bila pulak ni ye. sebab kalau lewat sangat adam kena patah balik ke suntikan yg sebelum ni, tapi aku tak tau jangkamasa tu. Tapi Selasa depan Melaka cuti dan mungkin masa tu sesuai.

0 comments: