Monday, April 7, 2008

Tupperware

Minggu lepas dalam perjalanan balik aku gagahkan juga untuk drive ikut bandar muar dan nak singgah kedai Tupperware di Tanjung Agas. Memang biasanya aku akan ambik laluan jabatan kedua Muar. Dan oleh kerana teringat susu adam sekian lamanya tidak disimpan dalam apa2 bekas. Cuma ikat dengan getah, ish terasa teruk pulak. Jadi aku singgah kat kedai Tupperware tu dan mula la memilih dalam katalog. Cerita punya cerita dengan adik yg jaga kedai tu akhirnya aku terpikat kat satu set "One Touch". Memang kedap udara dan memang sesuai la nak simpan susu anak2 dan makanan2 biskut2 diorang.Banyak kali juga fikir dan akhirnya aku sign atas kertas keahlian tu. Bukan nak membazir tapi aku tau item ni memang bagus dan berbaloi kalau aku beli. dan aku bawak balik kotak warna pink tu yang mana dalamnya ada 16 pieces (mangkuk dan penutupnya), beg keahlian, dan ada free gift - plate/bowl, dua2 pon boleh.

0 comments: