Saturday, May 24, 2008

Misteri

Seawal jam 7.15 pg aku keluar rumah bawak anak2 untuk berdating dengan abang kat kedai makan Parit Jawa. Harini kami sarapan kat luar, aku tak mo buang masa nak sibuk masak sarapan pepagi. So lepas dapat izin abang, kami pun bersarapan di lokasi yang di janjikan.

Salam dgn MIL: mak bina keluar dulu ye. MIL masih berbaring2 di katil, dan biras ku da sibuk kung klang kung klang di dapur buat sarapan. dia pelawa aku sarapan dulu... "tak pe lah kak nak kuar pi umah mak dah, mak tak sihat". lagipun aku tak tolong dia masak takkan nak tumpang makan je kot. segan.

:P

sebelum ke rumah mak, aku harus penuhkan perut ku, perut nurin dan ayah nya dengan masakan orang terlebih dahulu. Kalau tak sama je kat umah mak nk kena buat sarapan gak..

kami ke rumah mak bawak kereta memasing (abang baru balik kerja aku heret sama ke rumah mak).

teruk mak sakit, berpaut-paut pada tangga bila nak turun. Tapi bila bawak doktor, doktor kata- makcik sihat je nih, darah semua ok. Cuma angin je tu dan dr bg pil angin.Jadi sakit apa kah yang sedang mak alami. Kejap kat kaki, kejap kat tulang rusuk, kang pi kat pinggang, pastu pindah kat kepala, pastu pindah kat perut,aduhhh misterinya.....

Harini aku memasak bukan main sakan kat umah mak. Adam in good mood hari ni, cumah Nurin je.. manyak kerenah. Aku masak sotong masak kunyit, sambal udang, ikan kembung goreng (khas utk nurin), batang keladi masak gulai asam pedas, kubis+carot tumis. Mak yg suh masak semua tu. Mak tak berapa kuat nak masak, jadi aku masaklah, adik2 ku pun nak makan juga. Banyak nye. memang style mak kalau masak, banyak jenis - sebab mak kata ada yg nak makan tu, ada yg nak makan ni. Mak memang suka ikut selera anak2, tu sebab mak kalau kat dapur tu berjam-jam. Kalau ikut abang dia prefer 1-2 lauk je. tak pening nak pilih katanya.

Petang pulak kami singgah kat rumah mak sedaraku yang buat kenduri lepas isyak malam ni. Since abang keja malam ni , jadi aku pergi petang ni je, tolong2 sikit kat dapur. Sampaikan kiriman mak ke adiknya sebab mak kan tak sihat. Menjelang maghrib kami bertolak balik bawak lauk pauk berkat. Lepas maghrib Adam tidur dah, ayahnya pun tidur sekali, rehat...nnt dah nak pi keja ...Nurin masih aktif, nak itu, nak ini, nak makan roti inti milo, nak main puzzle. Penat kan ...

Dah 10.15 malam ni....abang masih lom bangun, so tugas nurin, cium dan cium dan cium ayahnya sampai ayahnya bangun.....

2 comments:

Kak Laila said...

Mak bina tak sihat ye.. semoga cepat sembuh ya. Kak Laila, baru kehilangan ayah pada wesak day yg lepas. Al-fatihah.

bina said...

ye ke kak. innalillah...
Alfatihah untuk pakcik md zain.
sabar ye kak.