Saturday, May 24, 2008

Out Station Lagi sekali dan sekali lagi

Aku perlu menghadiri mesyuarat di luar daerah isnin hingga jumaat depan ni. lagi sekali.
Bosannya. Terpaksa berjauhan dari suami, anak2. Jadi untuk mengurangkan masa berjauhan aku dengan mereka, aku buat keputusan untuk pergi lewat, awal pagi selasa baru aku bertolak dari melaka ke KL.

Orang admin kata pemandu merungut sebab kena hantar pagi2, gelap2. Ya lah... aku pun tak suka nak pegi pagi, atau secara mudahnya aku memang tak suka kerja luar daerah ni.

Sampai bila la nak kerja macam ni jer. kejap orang suh g sana, jap orang suh gi sini.

Minggu depan pulak aku ke Pulau Pinang. Sekali lagi.

Aku perlu pertimbangkan untuk pass baton ke orang lain. aku ada sorang je dalam list aku. (siapa ????)

mak pun tak sihat. Anak2 dan suami juga perlukan aku. Berderet 2 minggu keluar, tak larat nya !!!!!!!!!!!!!!

Kalau macam ni kan.... nampak gayanya , insyaAllah aku tak kerja sampai umur pencen 58.

Seorang ibu perlu tumpukan perhatian kat anak2 dan keluarganya. Habis, kalau dah asyik keluar je tinggal anak2 nak salahkan siapa kalau anak2 ni nanti tak jadi "orang"?

KalAU umur panjang dan kalau aku berpencen pada usia 58, masa tu nurin dah berumur 32 dan adam berumur 29 tahun. lebih kurang umur ku sekarang. Kesiannya diorang...... Aku dulu mak sepenuh masa di rumah. dan Alhamdulillah aku jadi "orang", InsyaAllah.....

Ok ok aku harus naik atas katil, nurin dah bunyi dan bg amaran banyak kali.

Ibu jom tidur, akak letih, akak ngantuk. ibu dah la berenti buat kerja, ni last ehh....nurin nak peluk...................

0 comments: