Tuesday, June 24, 2008

Masanya telah tiba

Malam semalam kami dapat SMS mengatakan kawan kepada abang berada di ICU, sedang bergantung kepada mesin hayat, akibat demam denggi berdarah.

Dan pagi ini kami terima pula berita beliau telah pergi menghadap Illahi semalam pagi 23 Jun 2008. Hamidi bin Yusuf. Alfatihah untuknya... semoga beliau ditempatkan dikalangan kekasih Allah.

Yang pergi tetap pergi.Lebih memilukan adalah yang ditinggalkan. Isterinya baru sahaja melahirkan anak. (kalau tidak silap, anak yg ketiga).

By the way....

aku pernah menghidap demam denggi. 1 week aku warded kat hospital.
Masa di hospital tu aku banyak minum100Plus untuk memberi tenaga pada badan.
Paras Platlet (pembeku darah) sentiasa di kawal oleh pihak hospital.
Pergerakan perlu lebih hati2 khuatir kalau luka dan sebagainya akan mengakibatkan pendarahan yang tidak boleh dikawal.

Masa kena demam tu habis longlai seluruh badan. Bisa di setiap sendi.

Ada orang kata untuk cara untuk cure denggi dengan meminum jus perahan pegaga. Ambil lebih kurang segenggam atau lebih, cuci dan masukkan dalam kain kasa, squezee sampai keluar jus dia. Jangan campur dengan air putih atau sebagainya. Then minum sekerap yang mungkin.

2 comments:

Anonymous said...

innalillahhhhhhhhh...sedihnye..denggi berdarah mmg bahaya..tgh byk kes denggi kat sane ke k.bina?
jaja dah bls blk komen k.bina..cek it out ok..:)

Anonymous said...

Nak share.. budak opis 2 org kena denggi..denggi biasa.. dua2 hospitalized, dia org amalkan minum jus daun betik. terus platlet shoot ke atas.. yg sorang tu terus buat..so the next day terus kuar..yg lagi sorang tau lambat.. tapi lepas minum terus esoknya kuar spital..platlet count naik mendadak..sapa2 yg kena, leh la cuba ni..