Wednesday, June 25, 2008

Dr Mohd Zainol - Azzain

Semalam dalam perjalanan pulang, macam biasalah, aku akan on radio IKIM.FM dan Selasa jam 5.15 petang adalah temubual bersama pengasas ayam organik. Dr Mohd Zainol.

Alhamdulillah, beliau semakin berjaya di dalam bidang yang sedang diusahakannya ini.
Selain dari menghasilkan produk makanan seperti roti, pizza, ayam dan daging, beliau juga sedang bekerja ke arah menyediakan pasaran ikan. Ikan yang dimaksudkan di sini adalah ikan segar, yang tidak dicampur bahan pengawet cth nya formalin yang biasanya digunakan ke atas mayat bg mengelakkan ikan2 hilang kesegarannya.

Selain itu beliau telah menghasilkan fish ball, fish cake. Kita diminta menilai semula produk2 ini dipasaran. bagaimana dengan harga ikan yang tinggi tetapi pengeluaran / penjualan bahan seperti fish cake dan fish ball ini adalah dengan harga sangat rendah di pasaran berbanding dengan proses penghasilannya. Berdasarkan kajian, terdapat segelintir pengeluar yang bertindak tidak jujur dalam menghasilkan bahan2 ini di mana hanya sedikit saja kandungan ikan yang digunakan dan kemudian dicampur dengan bahan2 lain seperti kanji dan sebagainya. Turut di masukkan dalam adunan tersebut adalah darah khinzir, di mana ia bertindak sebagai bahan kenyal.

Selangkah ke hadapan, beliau akan berusaha untuk menguruskan pengeluaran pakaian dari buatan orang2 islam.

matlamatnya adalah bagi melahirkan pengusaha2 dan seterusnya jutawan2 dari kalangan orang islam dengan berlandaskan syariat Islam. Manfaat juga adalah untuk umat islam sejagat bagi menangani krisis yang sedang dihadapi oleh kita sebagai pengguna islam sejak dahulu lagi.

Semoga Dr Mohd Zainol, isterinya Mumtaz, serta tenaga kerjanya akan terus maju dalam mengembangkan perniagaan fardhu kifayah beliau ini.

0 comments: