Friday, July 11, 2008

1 barang harga 3 barang

masa jemput Adam di rumah baby sitter aku, tegur mesin basuh baru makcik.
Katanya baru beli dari kedai, tak larat nak menyental dengan tangan.

Harganya kalau beli cash aku agak mungkin dalam RM400 (utk semi auto-1 wash, 1 spin, 3kg)

Sedih pulak aku bila makcik kata, dia bayar ansuran je RM 40 tanpa duit pendahuluan. Bayar 30 bulan.

Bila kira2, RM40 x 30 bulan = RM1200.

Dah boleh dapat sebijik Automatik 9kg dah ni.

Pakai nama adik ipar, sebab umur dia atau suami dia dah tak boleh buat ansuran. umur dah 60 ke atas kan...

Kalau lah aku ada duit terlebih, nak je aku dulukan....

3 comments:

Wawa said...

itulah masalahnya kalau berhutangkan.

harga meningkat naik berganda2.

saya pernah rasa, dan rasa tak berbaloi.

tapi bukan semua orang boleh tunggu duit ada.

anywa, bila ntah nya nak ambik microwave oven "akak" tuh?

ahahha

sarahaiman@iowa said...

isk..kesiannye makcik tu..sayu je hati..takkanla ank2 tak blh dulukan?tk pun belikn terus sbg hadiah..
makcik tu ke yg jaga adam k.bina?

bina said...

aah... dia jaga adam. diorang tak de anak...kesian kan...