Monday, July 7, 2008

Dentist


Hampir sebulan aku convince Nurin dengan harapan dia berani untuk ke klinik gigi. Gigi geraham nya sudah mula terbentuk lubang. dan dia dah tahu yg gigi dia akan ditampal. Suka dia. Agak dia ingat tampal tu macam dia tampal salutip kat buku dia agaknya.

:)

Jadi, Sabtu weekend semalam ni kami bawa dia ke klinik gigi. Biasalah first time datang, doktor borak2, beramah mesra dulu, cuma touch sana sikit, sini sikit. Then suh datang lg minggu depan. So kali ni sesi berkenalan je dulu. Memula masuk je dalam bilik tu dan dia nampak macam2 gadjet doktor tu tetiba je refuse bila suh baring atas kerusi tu. Tapi bila doktor start borak, tanya sarapan apa lah itu lah ini lah semua, baru dia rasa comfortable. Hehehe, berani gak dia, tapi tak dapat ku bayangkan kalau sekali lg datang nak kena tampal, macam mana keadaan dia nnt, mau melompat turun dari kerusi tu.


So ptg tu abang bertolak ke KL. naik bas je. Kami lunch kat kedai, abang kata tak yah susah2 nak masak, nak kejar masa pun satu hal. So balik tu aku hanya siapkan bersihkan ikan dan udang yg dibeli dan simpan. dan petang tu lepas abang naik bas, aku dan anak2 memecut ke rumah mak bercuti di sana.heeeee