Wednesday, August 6, 2008

Travel lagi

Handphone ku set supaya menyedarkan ku dari lena pada jam 5pg. Tapi aku terlewat jua. Jam 6 baru mata boleh ku buka, ntah berapa kali aku sedar dinihari dek kerana Adam yang cerah mata, nak main, nak mengexplore.

Cecepat aku pack pakaian dan keperluan untuk semalaman di Ipoh Perak sehingga esok. Nurin dan abang hantar aku ke office, sempat kami bersarapan di bandar Muar.

So hari ni travelling day, aku tak punch pun. sampai office meluru ke bilik mesyuarat, ada mesy Post mortem. Tak de apa sangat.

Again, have to tinggalkan yang tersayang, walaupun semalam cuma, tapi rasanya rindu yang amat.
wahahahahahaha......

Nanti lepas lunch, aku dan kakak sorang lg ni bertolak, mujur ada geng, tak lah aku kebosanan.

0 comments: