Thursday, October 16, 2008

Cikgu Abu dalam kenangan, Alfatihah

Baru terima sms dari ibu saudara. "Cikgu Abu meninggal kat sekolah kol 10 pagi tadi".

Innalillahiwa inna ilaihi rojiun...

kebetulan ibu saudara - pembantu tadbir di sekolah menengah aku dahulu.

Segera aku buat reply call, untuk kepastian. Beliau meninggal secara mengejut, tiba2 saja rebah. Akan dikebumikan di Tanjung Agas Muar selepas Asar petang ni.

Cikgu Abu - Cikgu Kimia masa aku nak menduduki SPM 1995.

Walaupun hanya beberapa bulan arwah mengajar kami subjek Kimia, tapi kesannya sangat dalam bagi kami. Sejak kami tingkatan 4, kami agak buta dengan matapelajaran KIMIA. tahu masuk makmal, buat eksperimen, Jadual berkala memang hafal, tapi masih meraba2. Bukan nak salahkan cikgu yang sebelum cikgu Abu, cikgu M -mengajar kami sejak di Form 4.

Alhamdulillah dengan berkat usaha cikgu Abu, ramai antara kami yg kredit Kimia sewaktu SPM, aku sendiri dapat P5, berbanding dalam ujian sebelum2 tu asyik dapat 6/7/8.

Al-fatihah untuk cikgu Abu Mansur

0 comments: