Wednesday, December 3, 2008

2 month ++ to go

Kandunganku kini dah menjangkau 7 bulan. Tak banyak aktiviti dapat aku lakukan.
Result MGTT yg lalu menunjukkan kandungan gula tinggi, dan isnin yang lalu aku kena buat ujian BSP (Blood Sugar Profile) kalau tak salah la dia punya full name. 4 kali ambik darah, 9pg, 12.30 tghr, 5 ptg dan 9 mlm. Lembik aku dibuatnya. Lembik sebab tak mo makan nasi, konon dalam nasi byk kanji. So untuk haritu aku cuma makan sayur, tauhu, telur dan ayam sahaja.


Semakin hari semakin tak larat. Adam semakin meningkat tahap keligatannya. Terutama sekali bila dia dah mengantuk. Biasanya kalau dia dah mengantuk harus dia di masukkan dalam buaian dengan kadar segera sebab tak larat nak kejar dia.

Panggilan outstation terpaksa aku tolak dan gantikan dengan orang lain (time boleh tolak, boleh la) sepatutnya harini sehingga Jumaat ada kerja luar kawasan yg harus dihadiri, tapi aku tak larat lah nak penuhi.

Nak ganti ngan kawan seperjuangan diorang
pun ada masalah yang lebih kurang sama, biasalah perempuan, ada macam2 hal.

0 comments: