Wednesday, December 10, 2008

DariNya kita datang kepadaNya kita kembali

Harini, malam ni adalah malam ketiga kat rumah MIL (rumah yg aku tinggal sekarang) mengadakan tahlil/ kenduri arwah untuk arwah kakak iparku yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi 10 zulhijjah (8 Disember 2008) jam 7.30 pagi yang baru berlalu. Sedang adik beradik pulang ke kampung dan bersiap utk ke masjid menunaikan solat sunat Aidil Adha dia telah dijemput illahi. Berakhirlah sudah penderitaannya menanggung sakit hampir 5 bulan lalu. Kami yang sama2 menjaganya dirumah sejak hampir 3 bulan selepas dia bercuti dari hospital dengan kebenaran doktor.

Tapi saat2 akhirnya aku dan abang tak dapat mengadap kerana kami berada di rumah mak ku, konon bercadang nak beraya bersama mak. Sejurus dapat panggilan terus je kami balik ke sana, mujur perjalanan cuma tak sampai 15 minit.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan mendapat tempat bersama para solihin. Amin...

3 comments:

Juliana Md Dom said...

salam takziah dari ju sekeluarga...Al-fatihah untuk Allahyarhamah...Ameen..

Juliana Md Dom said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Thanks jue