Tuesday, December 16, 2008

Musim murung

Kemurungan melanda keluarga kami, bergilir2 ambil nombor utk mengalami situasi tak sihat. Anak2, suami dan diri sendiri. Mungkin terlalu letih, baru pula melalui saat kesedihan kehilangan ahli keluarga, kemudian sedikit sibuk dengan persediaan majlis tahlil sehingga 7 malam berturut2.

Sehinggalah klimaks nya bermula pada dinihari Sabtu Adam mula demam. Jam 3 pagi panas melanda.

Kemudian diikuti oleh ayahnya. Jam 11.30 mlm hantar ayahnya ke klinik dan adam kutinggal bersama ipar2 di rumah. Ops malam itu malam akhir tahlil. Sesampai dari klinik jam 1.30 pg adam sedang melalak2 tak mo tidur. Kami bersengkang mata memujuk dia. tak mau tidur, refuse minum susu, sakit mulut. Lepas subuh baru dia dapat lelap, lepas di sudukan dengan susu, dapat la dia alas perut.


Dr confirmkan Adam memang sakit mulut, worst sangat dalam mulut dia . Patutla sejak dari 9 malam dia tak mau minum. Lembik longlai dah badan dia. Dr promise to give the best medicine (From England dia kata). Tak kisah la mana datang, janji halal dan Adam cepat baik.

Tak lupa juga aku ikhtiarkan perubatan tradisional. (Lain kali lah aku tulis)

Sehingga pagi tadi aku dapat lelap dah menjelang pagi. Aku sepatutnya ke Putrajaya dengar presentation KMK (Kumpulan Meningkat Mutu Kerja). Tapi tak dapat ku penuhi, sebab aku hanya terjaga dari tidur jam 6 pg. Walhal patunya aku dah kena kuar rumah jam 5.15 pg.
Mau tak mau Adam terpaksa duduk rumah bbsitter. Ada kerja di pejabat harus aku selesaikan.

Dalam hati sentiasa berdoa, Ya Allah selamatkanlah dan sihatkan lah anak2 ku dan ahli keluarga ku walau di mana mereka berada. Amiiinnn


Sick boy

1 comments:

sarahaiman@iowa said...

k.bina, siapa yg meninggal?

siannye adam, skt mulut..alhamdulillah cara traisional tu berjaya..dgn izin Allah jua..