Monday, December 22, 2008

mulut buaya

waktu adam sakit mulut haritu, kan aku bawa dia berubat secara tradsional. Begitu juga dengan nurin dulu. Kaedahnya, pakcik ni baca doa, dan kemudian masukkan jari dia ke dalam mulut pesakit, sapu kat lelangit dan lidah kat mana yg sakit tu.

Sempat ku tanya kan mana datangnya idea/ilmu ini.

20 tahun yang lalu, Seorang teman ajak dia masukkan tangan ke dalam mulut buaya. Sorang masukkan tangan kiri sorang masukkan tangan kanan. Sebelum tu mulut buaya dibuka dan ditongkatkan dengan sebatang kayu, "kalau patah kayu ni patah lah tangan kita". Misi diorang berjaya. Tapi waktu tu diorang pun tak tahu apa2 kelebihan dari tindakan tu, sampai la beberapa tahun selepas tu ada hamba Allah yang mintak ubatkan anaknya dengan kaedah ni, atas sebab dia pernah masukkan tangan ke dalam mulut buaya. So sampai la ke hari ni, ramai yang datang berjumpa untuk tujuan perubatan, termasuk lah aku.....


Itu hanya lah petua dan ikhtiar .... ada rezeki dan izin Allah, maka baiklah hasilnya.

0 comments: