Tuesday, January 6, 2009

Israel memang melampau, Doakan kemusnahan mereka

Qunut Nazilah


Bacalah Qunut an-Nazilah buat saudara-saudara kita di Gaza

Assalamualaikum wbt.
Mari kita doakan saudara-saudara kita di Gaza. Lakukanlah sunnah Rasulullah saw dengan melaksanakan doa Qunut an-Nazilah di dalam solat lima waktu, ketika selepas ruku’ pada rakaat terakhir.
Caranya : Doa Qunut seperti Qunut Subuh tetapi dilaksanakan pada setiap kali solat fardhu
( Subuh – Isyak ) selepas rukuk yang terakhir

Dalil :

1) Dari Ibnu Abbas, beliau berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah qunut selama satu bulan secara terus-menerus pada shalat Zhuhur, ‘Ashar, Maghrib, Isya dan Shubuh di akhir setiap shalat, (yaitu) apabila baginda mengucap Sami’Allahu liman hamidah di raka’at yang akhir, beliau mendo’akan kebinasaan atas kabilah Ri’lin, Dzakwan dan ‘Ushayyah yang ada di perkampungan Bani Sulaim, dan jemaah di belakang baginda mengucapkan amin.

Hadits ini telah diriwayatkan oleh Abu Dawud(1), Ibnul Jarud(2), Ahmad(3), al-Hakim dan al-Baihaqi(4). Dan Imam al-Hakim menambahkan bahawa Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata: Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah mengutus para da’i agar mereka (kabilah-kabilah itu) masuk Islam, tetapi mereka membunuh para da’i itu. ‘Ikrimah berkata: Inilah pertama kali qunut diadakan. (Lihat Irwaa-ul Ghalil II/163)

2) Dari Abu Hurairah, “Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, apabila hendak mendo’akan kecelakaan atas seseorang atau mendo’akan kebaikan untuk seseorang, beliau mengerjakan qunut sesudah ruku’, dan apabila baginda (selesai) membaca: Sami’allahu liman hamidah, (lalu) baginda membaca, ‘Allahumma… dan seterusnya (yang ertinya: Ya Allah, selamatkanlah Walid bin Walid dan Salamah bin Hisyam dan ‘Ayyasy bin Abi Rabi’ah dan orang-orang yang tertindas dari orang-orang Mukmin. Ya Allah, keraskanlah seksa-Mu atas (kaum) Mudhar, Ya Allah, jadikanlah atas mereka musim kemarau seperti musim kemarau (yang terjadi pada zaman) Yusuf.’”
(Hadits shahih riwayat Ahmad ii/255 dan al-Bukhari No 4560 )

Fatwa Syeikh al-Usaitmin : " Sekiranya Pemerintah mengeluarkan arahan supaya rakyatnya membaca Qunut Nazilah maka wajib setiap muslim melaksanakannya."

Semoga kita menghidupkan Sunnah Rasulullah SAW dengan melaksanakan apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW ketika umat Islam ditimpa kecelakaan seperti mana yang berlaku sekarang ini di GAZA Palestin. Apa yang menyedihkan ramai yang simpati pada sahabat-sahabat di Palestin tetapi meninggalkan sunnah Rasulullah SAW dengan menganggap solat sunat hajat sudah memadai. wallahu a’lam.

sebarkan kepada saudara muslimin dan muslimat kita

0 comments: