Friday, February 6, 2009

Hati-hati bila menghantar kereta untuk dicuci

Malam tadi pulang dari klinik (sekadar meneman) kami singgah ke rumah bapa saudara (Cik) yang sejak raya haritu tidak kami ziarah. Dia tak sakit, malah sihat walafiat, syukur... cuma sempat dia cerita gigi kapaknya yg depan tu dah goyang dan bertanya ttg 'tanam gigi ' sebagai pengganti gigi yg bakal tercabut.

Sempat juga dia cerita ttg alarm keretanya sewaktu dia menghantar keretanya untuk dicuci.

Itu lah yang terakhir dia akan hantar keretanya untuk dicuci di situ. (di carwash parit jamil betul-betul depan simpang nak masuk kampungnya. Depan kedai makan rezeki Qistina sebelah kilang Kamitech. Niat dihati hantar ke situ, dapat lah tolong2 orang kampung sendiri. Sejak carwash tu dibuka setahun lalu dia memang selalu hantar cuci kereta kat situ.

Kisahnya... bila keretanya Kia Carnivalnya siap dicuci, pekerja yg bertugas keluarkan dari parking dengan keaddaan enjin siap di start (seperti biasa). Maka selepas Cik buat bayaran, dia pun mulakan perjalanan ke untuk ke bandar muar, ke sbuah lg rumahnya di sana.

Bila sampai di sana, time nak masuk rumah, nak lock kereta, tekan2 alarm, tak berfungsi.
Ingatkan rosak, rupa2 nya bila cek betul2, board alarm tu dah tak de, maknanya tinggal casing kosong aje. Mana pegi???????????

Teringat lah, sebelum ni tadi dia hantar cuci, tak lengah masa, dia patah balik ke car wash tadi yang lebih kurang 1/2 jam perjalanan untuk patah balik ke sana.

Di pendekkan cerita, CIk dapat semula board alarm tu. Memang ada mamat kat carwash tu, dah buat keja kopek board alarm tu. Besar kemungkinan untuk tujuan tak baik lah kan, kalau tak nak buat apa lg. Pung prang pung prang, Cik dapat semula barang dia. Cuma silapnya Cik tak buat report polis. Kalau tak dapat tu silap2 malamnya, or esok lusa, kereta lesap atau, barang dalam kena kopek, sebab dia dah dapat kunci kereta tu tadi.

Kalau aku lah kan, confrm tak pikir panjang, kata alarm yg rosak..... Makanya dapatlah aku iktibar dari pengalaman Cik ni. Untuk iktibar sesapa je lah. Jadi jangan lepas cuci keta, mentang2 enjin dah start, bayar dan terus jalan. Cek lah dulu apa yg patut.

0 comments: