Monday, February 9, 2009

Badi ke?

Dah 2 malam Adam tak dapat tidur. Malam tadi dan malam sebelumnya. Masa yang sama pula tu. Jam 1.30 pg je dia terjaga dan menangis. Malam pertama tu, dah lah ayahnya tak de, syif malam, MIL dan SIL bangun membantu pujuk. Memula tu naik seram juga sebab takde apa2 tetiba je jadi gitu, kasi susu pun tak nak. Macam2 ayat dah ku baca. lebih kurang jam 2 lebih baru dia dapat tidur semula.

Dan sekali lagi malam tadi, masa yg sama, berlaku lagi, mujur kali ni abang ada, tak le aku rasa seram sangat. tapi kali ni lagi panjang nangisnya, tiap2 jam kami terbangun. sampai yg last jam 4.30 pg. Macam kena kacau tidurnya.

Aku memang dah tak larat sungguh.... Esoknya nak kena kerja. Rabak mata makcik. Kalau ikut larat menag tak larat dah nak pi keja, sebab dah sarat benau lepastu tak cukup tidur. tapi apa boleh buat, kawan2 suma tak de besok, yg cuti, yg MC. Kalau tak kerana aku nak kejarkan task yg tak siap, memang aku dah ambil cuti panjang sebelum bersalin.

Jumaat yang lepas ni, sewaktu drive nak pi kerja, aku ada bertembung dengan satu kemalangan, dan aku nampak jelas depan mata seorang lelaki memakai kain pelikat yang telah terbujur kaku diselimuti dengan kain. Waktu balik , aku bertembung pula dengan sekumpulan umat manusia yang baru keluar dari kawasan perkuburan di sekitar tempat kemalangan pagi itu. Mungkin jenazah berkenaan yang dikebumikan. mungkin kah itu yg menjadi punca terganggunya Adam.

Sejak semalam juga Adam tak de selera nak makan, apa yang disuakan ke mulutnya, diluahkan.
Ya Allah, sihatkanlah anak2 dan keluarga ku semua. aku tak berdaya nak mengharungi saat2 mereka tidak sihat dalam keadaan aku begini.

Makanya pagi ni , aku terlewat bangun, sedar2 dah 6.45pg. Sampai kat tanjung agas, alarm minyak dah menyala2. Kalau aku teruskan mungkin akan terkandas di lebuh AMJ. Aku singgah isi minyak di sg rambai dan terpaksa minta bantuan kawan2 yang baik hati punch kan.Malu nak mintak tolong, tapi I dah terpaksa. tq, tq, tq.

Aku harap aku akan mampu pergi kerja sekurang2nya sampai sebelum melahirkan sampai task ku selesai. Amiinnnnn

0 comments: