Friday, February 20, 2009

Selamat sudah semuanya

Syukur Alhamdulillah, saya telah selamat melahirkan pada Isnin, 16 Februari 2009 jam 1.15 tghari yang lalu. Syukur juga kerana proses kali ini antara yang tercepat berbanding 2 kelahiran yang lalu. Cuma 2 jam selepas admit Muhammad Adib selamat lahir ke dunia.

Pagi sebelum ke klinik sempat kemaskan pakaian untuk berpantang di rumah mak dalam keadaan sakit kontraksi yang datang berselang. Jam 10.30 pg keluar dari rumah, kemudian singgah ke rumah MIL, maklumkan dia sambil mohon didoakan, sempat juga tapau nasi untuk makan dalam perjalanan. Kemudian hantar Adam ke rumah baby sitter, singgah pula drop Nurin kat rumah mak dan terus ke klinik. 11.30 Dr buat CTG. Mujur semuanya berjalan lancar. Ada niat supaya abang hadir skali dalam labour room, tapi semuanya cam berlaku pantas, tak sempat apa....

Tapi Muhammad Adib masih di klinik, petang ni baru selesai suntikan antibiotiknya. Ohh dia kena tahan di nursery sebab dah berak kat dalam perut lg. Tak juga terlambat deliver sebab due nya kan 24 februari. InsyaAllah esok dia akan pulang ke rumah.

1 comments:

Juliana e-Kedai said...

salam kak bina,
tahniah yer dapat baby boy lagi...sama la kiter girl, boy n boy...ciannyer baby dah termakan berak dia..ju doakan semua nyer nanti selamat sejahtera...anak ju pun baru kuar spital selasa lepas..buat minor operation...tapi skrg dah okey..anyway akak n mona tgh bpantang la skrg ni..selamat yer...