Sunday, April 19, 2009

Hanya sorang terselamat



Cuma yang baju hijau/kuning tu je yg selamat. tak mo tidur2, yg dorang lg tu dah selamat dibuai mimpi. ini kejadian di rumah saya petang semalam.


yg kecik sekali ni dah boleh ajak gurau. cuma saya je cam tak sempat layan dia main sangat sebab melayankan abang nya yg masih belum mengerti.

bangun dari tidur petang tu si abang mula merengek mintak dukung manjang. lepas maghrib sampai kul 1 pg 4 kali muntah. huhuhu dah lah abang tak de, bergilir le si adam dan adib berdukung bila 2-2 start enjin (menangis). menangis gak lah saya sensorang.....

dan pg tadi masa mandikan dia abang perasan ada bintat2 kat betis dia, kat tangan pun ada, kat muka ada 1. bila saya lak cek rasa cam nak jadi chicken pox je. bawak ke klinik, tapi doktor pakar kulit tu cuti, kena pulak doktor gantian tu tak tak dapat nak pastikan samada itu chicken pox atau tidak cuma dia kata, tengok je lah, kalau betul CP, nnt dia keluar lah tu....


tu gambar 1bulan 1/2 yg lepas (jadi model botol susu anakku, hehehe). hari ni dia longlai je, mana tidaknya, tak leh nak telan makanan kecuali susu, silap sikit muntah. jadi malam semalam dan malam ni saya ajak anak2 tido depan tv je, pukul 9 je saya dah padam lampu bg semua tidur, cuma diterangi cahaya dari tv, walaupun biasanya saya tak kisah diorang nak tidur kul berapa.

esok saya kena ke klinik hantar Adib untuk suntikan. saya kena pergi dengan adib sahaja sebab abang kena hantar MIL ambil pasport. MIL, insyaAllah nak pi buat umrah hujung Mei akan datang ni.

0 comments: