Showing posts with label chicken pox. Show all posts
Showing posts with label chicken pox. Show all posts

Friday, April 24, 2009

seminggu je lagi

sebelum saya harus mula bekerja, selepas cuti 60 hari + 10 hari cuti rehat, sebab baby sitter baru akan mula pada mei.

mula lah saya akan rindu saat2 bersama anak2 dan suami di rumah. walaupun sebenarnya duduk di rumah memenatkan tapi hati puas, semuanya berada di dpn mata.

saya baru je mula buat stok breast milk utk adib dalam 2 minggu lebih. nampak dia agak susah nak terima puting tiruan tuh. kasihan, tiap kali saya sua kan ke mulutnya, bagai nak muntah dia menolak. harap2 EBM saya cukup untuk supply ke rumah babysitter.

Adam dah hampir pulih dari chicken pox nya, dah tak ada tumbuh yg baru, dan yg sedia ada dah mula kering. Masa baru nak keluar tu, saya beri dia minum air kelapa, lepas tu saya tak mandikan dia, ini paling kasihan. manakan tidak , dia tu kuat berpeluh, lepas tu tak mandikan cuma lap2 saja, masuk hari ketiga dah cukup sengsara saya tgk dia, saya mandikan dia dengan berbilaskan air basuhan beras.

Baju2 adam saya rebus, risau takut berjangkit. huhuhu banyak benda kena buat kalau kena sakit ni. itu kalau ikut kata mak dan MIL saya, tak leh masak goreng2 dalam rumah..... pantang.

Lepas ni bila dah kering semua, baby sitter baru tu kata blend kan buah cermai, campur tepung beras dan ibu kunyit. lepas tu lumurkan kat badan tempat yg ada CP tu. biar tak berparut katanya.

Sejak dah 2 hari ni saya buat sarapan anak2 dengan menu lempeng (or saya panggil pan cake, huhuhu). Resepi hentam saja la... 2 senduk tepung gandum + 2 sudu besar susu tepung + 1 biji telur + 2 sudu besar susu manis dan sedikit garam dan air ikut lah agak2 cair. nampaknya diorang suka, makan cicah dengan gula.

cadangnya nak balik umah MIL petang ni, tapi saya tak packing barang lg. okeh....kena berkemas sekaRANG.

Sunday, April 19, 2009

Hanya sorang terselamat



Cuma yang baju hijau/kuning tu je yg selamat. tak mo tidur2, yg dorang lg tu dah selamat dibuai mimpi. ini kejadian di rumah saya petang semalam.


yg kecik sekali ni dah boleh ajak gurau. cuma saya je cam tak sempat layan dia main sangat sebab melayankan abang nya yg masih belum mengerti.

bangun dari tidur petang tu si abang mula merengek mintak dukung manjang. lepas maghrib sampai kul 1 pg 4 kali muntah. huhuhu dah lah abang tak de, bergilir le si adam dan adib berdukung bila 2-2 start enjin (menangis). menangis gak lah saya sensorang.....

dan pg tadi masa mandikan dia abang perasan ada bintat2 kat betis dia, kat tangan pun ada, kat muka ada 1. bila saya lak cek rasa cam nak jadi chicken pox je. bawak ke klinik, tapi doktor pakar kulit tu cuti, kena pulak doktor gantian tu tak tak dapat nak pastikan samada itu chicken pox atau tidak cuma dia kata, tengok je lah, kalau betul CP, nnt dia keluar lah tu....


tu gambar 1bulan 1/2 yg lepas (jadi model botol susu anakku, hehehe). hari ni dia longlai je, mana tidaknya, tak leh nak telan makanan kecuali susu, silap sikit muntah. jadi malam semalam dan malam ni saya ajak anak2 tido depan tv je, pukul 9 je saya dah padam lampu bg semua tidur, cuma diterangi cahaya dari tv, walaupun biasanya saya tak kisah diorang nak tidur kul berapa.

esok saya kena ke klinik hantar Adib untuk suntikan. saya kena pergi dengan adib sahaja sebab abang kena hantar MIL ambil pasport. MIL, insyaAllah nak pi buat umrah hujung Mei akan datang ni.