Tuesday, May 5, 2009

Breastfeed bayi saya

Saya harus dan mesti gigih dalam usaha saya untuk menyusukan Adib secara eksklusif. Terus terang , saya gagal menyusukan adib pada 5 hari pertama dia dilahirkan kerana dia terpaksa di tahan di klinik untuk suntikan antibiotik (kes dah berak masa dalam perut- walaupun kalau ikut tarikh belum due date). dan saya pula tak larat nak berulang alik klinik - rumah masa tu. cuma seingat saya hari ke 3 je saya pergi dan dapat susukan dia sekali je masa tu.

kurang sebulan sebelum saya perlu masuk kerja saya dah mula buat stok. Hasil sharing idea dengan rakan sekerja yg dah berpengalaman ku kira, saya hanya gunakan ice-cream liner untuk simpan EBM saya. dan saya memerah susu saya secara manual sahaja. hampir tiada kos untuk menjayakan misi ini, insyaAllah.

hari-hari terawal ni, Adib masih bermasalah untuk minum susu menggunakan botol - laporan dari baby sitter lah. saya keringkan hati je lah bile dengar. Mudah2an lama2 nanti dia akan biasa, insyaAllah.

bukan tak pernah membekalkan EBM untuk anak bila saya bekerja. saya pernah buat dulu utk Nurin sehingga setahun, tapi Adam hanya utk 3 -4 bulan saja. entah apa sebabnya, tak ingat dah. tapi frust nya masih terasa hingga sekarang. saya terasa kebetulan pula masa adam berusia 5 bulan saya dah mula mengandungkan Adib.

harap2 saya punya stok mencukupi utk cover kalau2 saya kena kerja luar daerah. dah terdengar2 ada kena meeting luar tak lama lagi.

2 comments:

nuni said...

seronoknya bina banyak susu..saya siap makan ubat untuk tambah susu..tapi sekarang anak dah 9 bln masih menyusu cumanya campur la dgn susu formula jugak

binanotes said...

Alhamdulillah, semua tu rezeki. banyakkan bacaan ttg breastfeeding. kat left section blog saya ada few bloggers yg ada buat writing ttg penyusuan boleh la baca juga