Tuesday, May 5, 2009

I'm back to work

setelah sekian lamanya saya berada di rumah mengulit anak2, hari ni saya kembali ke pejabat. saya bangun seawal 5.15 pagi. Bersemangat! eh bersemangat ke? tersedar awal, tapi takut nak lelap semula walau sekejap, bimbang jadi seperti semalam. sedar jam 6.40 pg, camna saya nak pergi kerja, walaupun sepatutnya semalam saya mula bekerja. itu la penangan tetamu hujung minggu dari celik mata sampai ke lepas isyak, saling bergantian.

saya hantar juga anak2 ke rumah baby sitter, kerana ada tugas perlu diselesaikan. saya kemas rumah sampaikan sejuk rasa mata memandang (biasanya macam kapal karam- hasil kerja adam dan kakaknya).

petang selepas cik abang bangun tidur (mengantuk ye dia, sebab kerja syif malam), saya, dia dan nurin pergi ke sekolah terdekat dengan rumah kami - daftar Nurin utk standard 1. Bilangan 4/2011. masih belum ramai yg mendaftar. tak ramai org ke kawasan ni @ parents masih belum daftarkan anak mereka? boleh pulak Nurin macam merajuk, bila tanya jawapan dia, kenapa nak hantar dia ke skolah yg tak ada gelongsor???? tergelak kami...... dia konpius dengan tadika PASTI yg kami pergi tempohari. ooohhhh, itu tahun 2010 nanti lah sayang.

0 comments: