Tuesday, June 30, 2009

Sick Boy

Ketidaksihatan Adam tidak berakhir lagi, walaupun saya dah dapatkan ubat dari doktor Ahad petang. Pulang dari kerja semalam, dia masih merengek dan menangis sepanjang masa dan asyik korek mulut. Ingat nak tumbuh gigi, tapi rupa2nya gusi di belakang gigi kapaknya luka dan bernanah.


Saya bagi dia makan karamel sejuk dengan harapan dia rasa kebas dan dapat kurangkan sakit, tapi sekejap saja, bila rasa kebas tu hilang dia mula nangis semula.

Saya tak larat (tak sampai hati) tgk dia kesakitan. bayangkan aje la.. kalau kita kena ulser (mata ikan) pun kita tak tahan, apa tah lg gusi koyak dan bernanah.

Dia tak dapat nk tidur, nangis memanjang. mata saya pun dah rabak, sebab sejak semalam saya dah tak tidur dek kerana tuam dan melayan rengekkan dia.

Pukul 1 pg kami angkut semua anak2 masuk dalam kereta dan pecut ke Bandar Muar, ke satu2nya klinik 24 jam yg bukak.




Doktor pun muka bangun tidur. Saya mintak time slip. standby kut2 tak dapat ke office esok. Dah la esok kitorang kat Unit tu kena bg taklimat. Mintak maaf lah kawan2 sbb tak dapat turut serta.


Ni muka budak sakit......




Dah balik klinik bagi makan ubat... masih menangis lg. Aduhhhh hati saya bagai di siat2, kalau la boleh ambik sakit dia dan ganti kat saya.


agaknya hampir jam 3 pg baru saya terlelap, tu pun kejap2 bangun pujuk Adam....

0 comments: