Tuesday, June 30, 2009

Sesi mencari penawar di teruskan...

Sebelum subuh saya dah terjaga sebab Adam menangis mungkin sakit dan haus. Dia terlalu sakit hinggakan nak hisap puting botol tu pun tak boleh.... Kami guna straw utk bg dia minum susu .Masalah paling besar saya adalah anak2 saya sangat lah payah nak makan/minum ubat dalam bentuk cecair ni. syringe yg klinik bg pun tak membantu. kalau di paksa akhirnya isi perut pun terhambur keluar sebab dia menangis tak mau.

Adib pagi2 dah hantar ke babysitter, lepas tu abang beli sarapan. saya kepala dah ting tong. Pantang letak kepala je lelap. sekejap2 pun jadilah. badan dah rasa di awang2an.

lepas tu kitorang split, abang pergi uruskan SIL nak pi cuci luka dan mintak sambung MC. saya pulak bawak Adam pi berubat cara tradisional kat Pakcik Sabar yg pernah seluk mulut buaya kat Kampung Sungai Balang Darat.





Nanah dah melarat dah tumbuh pulak kat bibir abwah dan atas bibir. Khuatir juga kalau ini penyakit HFM



Ttg masalah nak bg dia ubat, oleh kerana botol pun dia tak leh nak hisap, bg susu campur ubat dalam cawan minum dengan straw pun dia tak nak sbb rasa susu dia dah lain, jadi tercipta lah satu idea.

Kebetulan la pulak dia suka minum air kotak


saya tebuk kotak yg baru abis diminum dek kakaknya ni dan saya isi susu+ubat dalam ni. Laku beb!! senyum lebar saya. selamat tidur dah dia.....

Nak bagitau la kat sini,saya rasa la punca dia jadi camtu adalah sebab dia hisap puting kopek . Ntah kadang puting tu kotor dia pakai sumbat je dalam mulut dia, iyye kalau kita nampak boleh la kita basuh / basmi kuman dengan air panas dulu. kalau tak, selamat le....
dah lama dah nak wean dia dari puting tu, tapi belum berjaya. ni dah hampir 2 malam dia tidur tanpa puting sebab gusi dia sakit. Mungkin kah langkah weaning tu bertitik tolak dari sini????



2 comments:

nuni said...

kenapa bina dengan si adam tu...mulut dia bengkak tapi tak tau punca ke apa?

binanotes said...

gusi bernanah. bibir luar pun dah infected.mungkin sbb punca dari puting (puting kopek) yg kotor. kadang2 benda tu jatuh kita tak nampak dia ambik dan terus hisap