Friday, June 19, 2009

Susu

gambar tiada motif

awal2 pagi sudah bermesyuarat. Lega bila bos besar kata saiz ahli mesyuarat akan dikecilkan kepada ketua2 jabatan sahaja. Punya la lama mesyuarat , perut masing2 dah berkeroncong sebab sblm mesyuarat (8.15 mula) masing2 tak bersarapan. mujur saya dah sarapan nasik sebelum keluar rumah pg tadi.

Petang ni ada perhimpunan bulanan. biasanya petang2 ada goreng pisang/sukun.:). tapi dek kerana ptg ni ada agenda, kena alas perut awal2, saya minum Herbalife saja, kebetulan ada bekalan kat opis. tapi sempat juga ke kedai beli majalah Pa& Ma (memang biasa beli tiap2 bulan kebetulan Julai punya ada tunjuk cara pemakaian Cloth Diapers Lunatot) dan saya sambar Roti Gardenia Choco Raisin sebab malas nak singgah kedai beli nasi.

Saya tanya tauke kedai, ada tak air tin longan - jawabnya dah habis. dia kata lain air ada. saya jawab takpe. saya saja jawab, nak minum longan. dia kata kalau u suka longan baik u beli longan kering kat sinseh( ntah betul tak saya eja ni- tapi maksud dia kat kedai ubat cina lah). Kalau di ringkaskan jadi begini:

Longan kering (lbh kurang RM5)
Red dates/ buah merah
Rebus dengan gula batu.

manyak sedap ooooooooo.....

nak lagi sedap campur dengan buah kundur potong belah 4.

lagi sedapppppp

dalam kepala pikir mana lgi tempat nak beli longan kering selain dari kedai cina????


lepas tu saya pun sebut .. longan boleh tambah air susu badan.

sambung borak lagi...

kata dia tak berenti lg ke kasi susu badan. saya jawab, baru 4 bulan, kalau boleh nak sampai umur 2 tahun.

kata dia lg orang cina lepas 44 hari dah tak kasi lg, pasal masa pantang kita jaga makan, tapi lepas tu sudah makan luar, air susu dah tak bagus kasi budak. ( dalam hati saya sapa suruh makan benda tak khasiat :D)

saya kata, kalau kasi susu tepung pun susu lembu je, baik kasi susu ibu.

dia tambah lg, kasi la susu dari buah2 an. dia kasi anak dia minum susu keluaran Abbot. tapi harga boleh tahan la 900gm RM60 kalau tak silap lah. susu ekstrak dari buah2 an. bagus utk minda.

habis takat tu je perbualan kitorang pasal ada customer lain nak bayar..

wah, boleh tahan harga dia. utk anak2 yg dh cerai susu mungkin boleh dipertimbangkan, since susu tu pun sumbernya dari buah2an. Tapi utk yg sikecil ni , harus teruskan dengan penyusuan susu ibu

2 comments:

haza said...

banyakkan mitos tentang susu ibu.. takpe.. biarkan mereka.. yg penting kita dah berikan yg terbaik untuk si manja...

Kak Bina, Longan kering ada kat giant..jusco... try cari ya.. :).. sedap

binanotes said...

ok haz, tq 4 d indo. akan ku cari