Thursday, August 27, 2009

Pulih la duhai anak

Sibuk orang berpuasa, sibuk juga melayan keluarga.

Sampai pulak giliran saya melayan anak2 tidak sihat, selepas rakan2 lain mendahului.

Seorang demi seorang, yang demam. Sehingga malam tadi giliran Adam pula selepas yang lain2 mula pulih. Dek kerana terlalu panas, lepas waktu isyak, saya mandikan dia dengan air campur ais.


Alahai anak.
Si kakak pula sampai kena ambil darah, sbb MA kata khuatir denggi. Sebab kerap muntah (salah satu simptom). Syukur, ujian darah keputusannya negatif.

Tapi itulah, dalam sibuk orang mula buat amal ibadah puasa saya pulak sibuk dengan anakanda2 yg kurang sihat. Namun dek penangan positif dari consume MAB (Maajun Anggun Bistari) saya masih belum memulakan puasa saya. Itulah, Allah itu maha mengetahui, di kala ini diberinya keistimewaan, sedang saya sarat dengan situasi ini.

0 comments: