Saturday, September 5, 2009

Hidup segan mati tak mau

Siapa kah dia?????


Saya terasa sedikit terbeban hari ini. Sedang saya sibuk melayan suami sakit, anak sakit, saya didatangi dengan sms dan panggilan (misscall).

Awal2 pagi saya menghantar seisi rumah untuk berurut. Abang tiba2 jadi robot, sakit tengkuk (sedangkan waktu sahur tadi ok je) nampak kuat sakitnya. Adam mungkin terkehel, sebab batuk dan demam serta muntah2 sudah genap seminggu. juga yang lain2 masih belum pulih sepenuhnya.

Bila selesai sesi tersebut, waktu saya masuk kereta dan cek HP (nasib pun tertinggal dalam kereta, kalau tak susah saya nak jaga adam yg bersilat masa kena urut tadi) ada 5 misscall dan 3 mesej dari pejabat. dari kawan, juga dari bos.

Isu yg kukira tak hangat semalam rupanya panas membara.

saya digesa utk buat siasatan ke atas kes tersebut, mgkin juga utk menjaga status orang.

saya cuba juga buat sesuatu, tp nampaknya atau mungkin bhan bukti dah terpadam.

Kerja orang yang tak bertanggungjawab ni betul2, mengganggu hidup saya dan kawan2, semakin memberi tekanan kepada kami yang sedia ditekan ini.


Itulah orang yang hidup segan mati tak mau, buat salah sembunyi2 tapi nak pula terus hidup menyusahkan orang.


Kalau lah saya ada pilihan.........

0 comments: