Wednesday, September 16, 2009

Last day

Hari ni last daya say kerja before cuti raya. Terpaksa ambik cuti awal , pasal baby sitter mintak cuti. Mula2 reluctant , sbb rasa awal sangat kalau cuti esok, tapi saya cuba memahami perasaan dia. Saya tau anak saya tu macam mana, confirm dia tak boleh nak sambil2 buat kuih ke menjahit bagai. Sepanjang siang anak saya berada bersama dia dari 7 pagi sampai 6.30 petang. Bila malam tentu dah penat, jadi start jumaat baru dia nak buat persiapan terakhir dia sebelum tibanya hari raya.

Persiapan raya saya pula masih belum sempurna, tadi dalam kereta saya sempat2kan jahit leher baju nurin. Kebetulan saya jadi co-pilot pg tadi. Baju Adib dah siap, Adam pakai baju tahun lepas, elok lagi. Nurin punya on de way. harap2 sempat, kalau tak saya kena bersengkang mata di malam raya.

Kebetulan bercuti esok, saya ambil peluang utk masakkan juadah ala-ala raya utk hantar ke rumah besan dan ipar2 MIL. supaya di petang sebelum hari raya tak de lagi sibuk2 keluar rumah menghantar mangkuk tingkat ke sana dan ke mari. saya harap tak de peristiwa sedih berkisar memasak juadah hari raya berulang kembali.

Hari last ni jugalah, banyak nak dibuat dipejabat, memandangkan kalau saya jadi pindah saya dah tak punya masa bila naik cuti raya nanti. Tugasan2 yang dah nak di handover kepada rakan2. aaahhhh sedihnya bila nak cerita ttg nak pindah ni.


Buat semua, selamat hari raya dan maaf zahir batin. Buat yang nak balik kg, hati2 memandu, dapatkan rehat yang secukupnya, banyak2 kan bersabar, jangan ikutkan perasaan bila memandu.



0 comments: