Tuesday, September 15, 2009

Hadiah hari raya ke?

Jam 12.15 tghari tadi, lepas saya balik dari mesyuarat yang membawa pelbagai beban tugas, saya tgk ada misscall no Putrajaya, semalam pun ada misscall no yg sama.


tak lama lepas tu, ada orang call ke telefon pejabat.


Orang dari JPA. Permohonan ertukaran saya dah diluluskan.

Tiba2 saya rasa tak cukup oksigen nak bernafas.

Perasaan takut, risau dan sedih mendahului.

Sedikit je perasaan gembira.

Saya takut dan risau kerana saya tak pasti di mana saya akan di letakkan. Adakah seperti yang saya pohon. Walaupun kak As (orang dari JPA) kata jangan risau sangat sebab intake ramai sekarang ni. Tapi dari sejarah dan cerita rakan2 Kementerian yang bakal saya berkhidmat ni agak susah nak kawtim. tapi saya harap adalah rezeki buat saya dan anak2. 29 September nanti bakal memberi jawapan yang pasti.


Saya sedih jugak, sebab klau saya jadi pindah saya terpaksa tinggalkan kawan2 yang saya sayang di sini. Kawan2 tempat saya mengadu pasal kerja, pasal hari peribadi, cerita pasal anak2. cerita ttg resepi, baju, bergosip.

rasa tak sanggup.

Patutla tangan kanan saya gatal je dari minggu lepas. Nak dapat hadiah ni rupanya. Cuma tu lah nak happy2 pun, lokasi tak pasti.


maka sabar je lah menunggu, sambil berdoa. Harap2 dapat lah saya berkhidmat di hospital muar.

(eheheh haritu beria2 mintak tukar, tapi hari ni rasa berat pulak, itu lah manusia.......)

0 comments: