Wednesday, October 7, 2009

Berkuliah

Hari ni secara tak formalnya saya berkuliah bersama kak ikin. turun mana2 ilmu yang patut diturunkan agar nanti lega lapang kepala ni.

Mau tepu kepala kak ikin dan Aff dengar cecehan mulut saya. Berguru dengan orang ilmu yang tak seberapa, menceceh yang lebih.

Tinggal lagi 2 hari saya duduk di kerusi yg sudah lebih 5 tahun kena asak dek panas punggung. Dari monitor CRT hingga bertukar ke LCD monitor.

Pindah dek kerana tuntutan keluarga, bukan kerana naik pangkat. Heh jangan tanya kenapa tak naik lagi ke gred yang lebih tinggi sedangkan dah berkhidmat lebih tujuh tahun. Saya ada alasan yang tersendiri, nanti kalau bagitau mgkin akan dipandang sinis. kekekekeke.

Barang tak abis kemas lagi masih selerak sana dan sini.

Kalau ada barang tertinggal, orang di sini akan beri saya masuk lagi tak ye.

0 comments: