Sunday, October 4, 2009

dari PC pengarang

Alhamdulillah,

saya dah selamat kembali ke pejabat hari ni (MC sebenarnya).

sejak sabtu kena warded kat spital, saya dah tak larat untuk memandang lagi pandangan tingkap di sebelah kiri saya. mula2 ia jadi halwa mata, tapi lama kelamaan jadi bosan dengan pemandangan yg sama ni. Roda besar Eye On Malaysia (atau eye on meleka eh), gondola, bot sungai melaka mahupun Menara Taming Sari tak dapat nak mengubati resah gelisah atau lara di hati saya.



Proses endoscopy yg sepatutnya dapat dibuat petang Sabtu, tertangguh sehingga menjelang maghrib semalam (masuk maghrib hari selasa). Dek kerana ada prosedur medical card saya yg ada sedikit masalah. tapi akibatnya, saya dah lemah longlai sebab berpuasa sejak dari 12 malam hingga maghrib, mujur hanya berbaring sepanjang hari, cuma yg membuatkan saya flat, sejak tengah malam hingga ke pagi saya telah menyusui Adib beberapa sesi. Adib dapat bermalam bersama saya 2 malam di hospital.


Malam tadi saya mintak doktor untuk release saya pulang juga, dah tak sanggup rasanya nak sambung bermalam di Putra Specialist lagi. bukan kerana servicenya tak bagus, tapi tidak bersama anak2 tu yg tak bagus buat emosi saya.

Hasil diagnos oleh en doc, saya ada gastrik dan bengkak dalam perut (mild). Mild dah sakit camni, kalau yg heavy tu camna eh.

Kesan ubat tidur untuk endoscopy betul2 buat saya khayal. bila sampai rumah, entah berapa kali saya bangun untuk buat sesuatu dan kemudian tertidur entah di mana2, di bilik dan di ruang tamu.




0 comments: