Thursday, October 22, 2009

Deklarasi

Saya pulang agak awal hari ni, en. suami jemput saya. biasanya di saat bertiga-tigaan (nurin ada terselit sekali) pasti dia akan ajak singgah kedai pekena mee goreng, milo ais, atau ke kedai cuci mata atau cuci poket. Tapi petang tadi, bila diajak singgah kedai hanya utk membeli bawang, katanya jemput budak2 dulu. Macam pelik je bunyinya, biasa dia yg kata, tak pe lewat 10 minit ambik budak. tak pulak saya ambil pusing lepas tu.

Tak lama lepas tu, si dia hulur hadnphone ada sms yg menarik utk di baca.

Rupa-rupanya kak pengasuh mintak tolong jemput budak2 awal sekarang memandangkan saya dah kerja dekat. paling lewat 5.45 ptg, sebab banyak benda dia nak buat selepas tamat sesi dia jaga anak2 saya. Kalau dulu ambik budak paling awal pun 6.15 tapi saya kena bawak keta cam F1. Sejak kerja dekat ni ada la sekali 2 lajak sampai 6.15 sebab ada urusan kat bandar. Ikut hati memang berdesup lepas abis pejabat dan sampai je rumah nak terus ambil budak2 tu. Cuma kekadang perlu singgah ke mana2 utk belanja dapur.

Apa yg nak saya kata ni, pengasuh saya memang berterus terang sungguh orangnya. Kalau dia rasa tak kena, depan2 dia cakap. Tak de kias2. Ada baiknya dari cakap2 di belakang. Mana yg boleh saya ikutkan saya ikut saja, hati di pihaknya perlu dijaga juga. tapi jangan tup2 dia declare tak nak jaga anak saya lagi sudah la.

Elok pun mesej tu dikirim kepada en suami, agar dia yg boleh sama2 ambil tindakan sepatutnya.



2 comments:

Iena@MaMaJannah&Rizqi, said...

betullah bina..
kita kener jaga hati pengasuh kita sebab kita serahkan "NYAWA" kita pada mereka..harap2 mereka jaga seperti menjaga nyawa mereka..
bina kejer kat mana??..muar kat area mana??

binanotes said...

iena , sy tinggal di pt pechah/pt jawa. keja di hosp muar. br je, sblm ni kerja di merlimau