Thursday, November 19, 2009

Baru

Alas kaki saya perlu diganti baru. Sebab dah putus. Tahan 3 bulan 1/2 je. sejak saya beli dan pakai ia semasa nak ke sabah ogos lalu. Kena lak esok saya nak outstation. Kena cari juga le sesuatu yg selesa nak jalan ke sana ke mari nanti.

Balik kerja semalam saya minta izin dengan baby sitter utk jemput anak lewat sikit sebab nak cari kasut baru.

Adik salesgirl BATA tu pandai sungguh ambil hati. "Kak, akak la org pertama kalau beli kasut yg ni".

Kalau dia tak ambil hati saya pun, saya tetap pilih kasut ni sebab, comfy.


Yang bawah ni juga, menawan hati saya, material macam Crocs. Saya berkenan dengan yang kaler Turqoise tu. tapi memandangkan poket kosong jadi saya pendam kan hasrat. Beli kasut kat atas tu pun saya pinjam duit en suami. nanti gaji, insyaAllah Bina ganti ye bang.









0 comments: