Thursday, November 19, 2009

Tragedi November

Lengan di
Sekelip mata je semuanya berlaku.

Tapi syukur anak2 selamat.

Bila nak menjelang maghrib, macam biasa Nurin akan tutp TV.

Sementara nak tunggu makan lepas abang siap solat lbih kurg jam 7.20mlm, saya bersihkan habuk dan mainan2 yg bersepah.

Tiba2 bunyi benda jatuh dan meletup.

Bila saya toleh kebelakang, TV dah terbalik ke lantai, bahu kiri Adam tertindih sikit. Dan syukur dia dan Adib juga selamat, sedangkan tadi Adib sedang main di tempat di mana tv tu jatuh, elok je dia dah bergerak sikit tadi. Kalau tidak....

Segera angkat Adam... saya sendiri menggigil, Adam terketar2 menangis, memang terkejut sangat .

Lengan Adam sedikit luka, penuh dengan habuk kaca. Muka dia pun kena habuk kaca. Jadi lapkan dengan kain basah supaya dapat buang habuk2 kaca tu.


Rasanya Adam cuba panjat dan paut pada TV tu.


Ni kedudukan asal.


Ni lepas insiden tu berlaku













Habuk kaca, toksah cita la... sana sini, serata ruang tamu.
boleh pulak masa sibuk vacum dan kutip kaca2 yg kasar tu, blackout. jam 9.30 mlm bila letrik ada semula baru la siap bersihkan semuanya.

Bila keadaan dah agak reda, adam dah reda dari tangisnya, si kakak pulak tiba2 menangis. Katanya terkejut tgk tv jatuh. dan tangisnya juga sebab katanya tak dapat la nak tgk mickey mouse lagi lepas ni.


Tapi apa pun, syukur sebab anak2 dan kami semua selamat.




4 comments:

Iena@MaMaJannah&Rizqi, said...

alhamdulillah..syukur selamat..
budak2 ni tengah lasak ..ndak2 boy..mcm Rizqi & Jannah..sangatlah beza..cian nurin tak dapat tengok mickey mouse...
ada hikmahnya..dapat tv baru...

bina said...

itu lah, mintak lcd screen gamaknya

Hasbullah Pit said...

Syukur
ada juga alasan beli LCD 32"
1.5k dah boleh dapat.

acit said...

ntah bila nak dpt tu...
skang ni si nurin online je la