Thursday, November 5, 2009

Ibu hebat

camna nak jadi ibu hebat ye (bab memasak)

bercinta sebenarnya nak bangun awal pagi nak masak sarapan utk anak2 dan suami

tapi ada orang boleh buat

asalkan ada kemahuan

............

bukan tak pernah buat sarapan pagi2

cuma sejak2 ni je haa..... kenapa ntah, malas ke, tak larat ke, baby meragam pagi2 ke,

itulah antara alasan sering menjadi jawapan kalau tak masak sarapan pagi.


hari selasa : nasi goreng,

hari rabu : mee goreng,

hari ni (khamis) : bihun goreng.

di atas tu menu sarapan pai minggu ni, utk yg tinggal di rumah dan sedikit bekalan semangkuk kecil untuk santapan Adam di rumah baby sitter.

Mummy Adam (baby sitter) kata habis adam makan bekalan yg di bawa.

Nampaknya saya kena lebih merajinkan diri.


apa yg saya telah buat weekend baru ni, seperti ibu2 berjaya yg lain, supaya tak kelamkabut pagi2 nak blender bawang, bilis sebagai perencah.


weekend haritu, saya kupas bawang dan kopek ikan bilis siap2 juga udang kering dibersihkan.
Kisar bahan2 tu semua, dan kemudian bekaskan dalam cawan plastik (biasa org guna utk bekaskan dadih) setiap satu bekas cukup2 utk satu jenis masakan/sekali masak.

jadi pagi2, cuma ambik je satu bekas, dn terus je tumis dalam kuali.

cumanya utk sayur2, saya tak potong siap2 kali ni, takut pula cepat layu.

jadi dah standby utk masak mee/beehoon/nasi goreng. atau utk menumis sayur utk makan tengahari mereka.

ikan2 pula kenalah dah siap dikunyit sebelum disimpan dalam fridge. senang kalau nak digoreng. kadang2 ikan beku pagi2 saya goreng je dengan api kecil dan kuali ditutup.

tapi si ayah kena ikut selera anak makan ikan goreng memanjang. pantang ada rasa pedas, Nurin- tak dimakannya ikan tu.

harap2 usaha2 saya ni berpanjangan lah hendaknya, bukan hangat2 tahi ayam

:P

2 comments:

acit said...

terima kasih sayang....

bina said...

sesama abang

:)