Monday, December 14, 2009

Demo padam kebakaran

sedang dengar ceramah ttg latihan kebakaran hospital.

3 unsur kebakaran

Bahan api, Oksigen, haba

Kalau diri terbakar, guna konsep: berhenti, rebah dan guling.

Kebakaran melibatkan/punca dari minyak, kalau guna pancutan air, jangan guna tekanan tinggi kerana api akan semakin menjulang. Gunakan air dalam bentuk sprinkle, nampak perlahan tapi akan padam.

Atau, gunakan pemadam api jenis Serbuk (tong kaler biru)

Seeloknya setiap rumah ada simpanan Pemadam Api. (ni yang terasa nak ada 1 ni- sebagai langkah2 keselamatan)

Langkah2 lain dalam menjaga keselamatan:

Rumah yang ada jeriji, merupakan salah satu langkah keselamatan mengelak rumah dipecah masuk dengan mudah, tapi banyak kes kebakaran, mangsa terperangkap dalam rumah kerana tak berjaya membuka pintu dan jeriji.

Pastikan kunci diletak di tempat yang mudah capai bila berlaku kecemasan kebakaran.

Tingkap bilik lebih bagus jika dipasang dengan jeriji yang boleh dibuka. Juga, kunci hendaklah diletak di tempat yang mudah capai.

Mancis, Lighter, jauhkan dari capaian anak2.

Pastikan kepala gas dicabut apabila selesai memasak atau meninggalkan rumah. Kepala gas yang masih terpasang - masih ada aliran gas-kebocoran boleh berlaku bila2 masa.

Api, Kecil jadi kawan, Besar jadi lawan.




Sekitar Demo Memadam Kebakaran





0 comments: