Monday, March 15, 2010

noktah cinta ??

dah lama tak belek2 profile rakan2 di FB dan jarang sekali nak klik nama sesiapa dan bersembang di Laman FB, tapi tiba2 hari ni jari mengklik nama seorang bekas teman sebilik di Uni dulu.

ujian Allah, dia sedang berjuang mempertahankan rumah tangganya demi putera dan puterinya. Catatan yang ditulis dia seolah bahteranya hampir karam. Saya cuma mampu mendoakan agar apa jua keputusan yang diambil olehnya adalah yang terbaik buat dirinya dan anak2.

Terkenang kisah lama di Uni. Bersembang ttg kisah cinta yang bukan berupa monyet. Berkongsi cerita suka duka, gelak dan tangis. Sampai masa masing2 membina rumah tangga dan dapat cahaya mata. Tapi tak pulak disangka tsunami menghempas bahteranya. Saya berdoa juga supaya dia dapat menyelamatkan rumahtangga yang dibina. Kasihan anak2 tapi kasihan juga dia berjuang sekian lamanya menawan hati demi kebaikan bersama.

Semoga dia diberi kekuatan oleh yang Maha Kuasa.

2 comments:

Juliana e-Kedai said...

saper kak bina??? kak ayu ker???

bina said...

heh ju, bukan kak ayu.
kita doakan jodoh kita semua di panjangkan ye