Tuesday, January 4, 2011

Demi Masa

Al-’Asr 103: (1-3)

[1]
Demi Masa!
[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar



Masa sangat terbatas saya rasakan. Nurin telah melalui hari pertama persekolahannya semalam. Saya ambil cuti untuk menguruskannya ke sekolah. Mula-mula ingat nak ikuti prosesnya seharian disekolah sehingga akhir. Tapi memandangkan tiada ibu bapa yang berbuat macam tu, saya rasa kurang selesa pula. Cuma iringi doa. Dan sudah siap2 beri pesanan. Sebelum tu di rumah, bila tika ada ruang dan peluang, saya selitkan pesanan2 agar dia jangan mudah mengalah bila letih, masa di sekolah panjang dan akan memenatkan, jadi kena sabar dan ingat ke sekolah menuntut ilmu kerana Allah. tumpu perhatian pada apa yang akan disampaikan oleh guru. Bila sampai di rumah lepas menghantar dia baru teringat lupa bekalan dia duit belanja. Mujur dah bawa bekalan, kalau tidak kenalah patah balik ke sekolah hantar duit belanja atau alamat, kelaparan lah dia.

Sementara di rumah, saya selesaikan tugasan besar kemas bilik, melipat pakaian dan vakum habuk dengan suami. Basuh pakaian, dan masak untuk makan tengahari. sejam sebelum nurin keluar kami berkejar ke kedai nak cari periuk kukus cadangnya. Nak memasak kuih, anak2 dah membesar dan ada yang nak kena dibesarkan (Adib-yang masih kurus). Jadi nak kena pelbagaikan makanan.

Tamat sessi sekolah kebangsaan kami menjemputnya pulang. Jam 1.30 tengahari baru habis waktu belajar. Dia perlu bergegas pula untuk ke sekolah agama yang akan mula jam 2.00 ptg. Syukur rumah kami hanya 2 minit perjalanan (atas jalan). Jadi masa akan lebih banyak habis pada menunggu turun dari kelas, masuk dalam kereta, juga masa buka pagar rumah (ramai yang menunggu, jadi beratur) kalau naik motor mgkin lebih ringkas.

Jam 1.40 sampai di rumah. Di rumah sempat suruh dia mandi, solat dan makan, sambil mulut sibuk nak cerita pengalaman hari pertama di sekolah. Juga asyik mengingatkan saya supaya jangan lupa bekalkannya dengan duit

Jam 1.55 keluar semula ke rumah untuk ke sekolah agama.

Saya pulang ke rumah, tunaikan tanggungjawab. Belum solat zuhur tadi, uruskan dia. Kemas meja makan yang berkecah, cuit sana sikit -cuit sini sikit, dah jam 3.25 ptg. Lagi 5 minit kelas Nurin tamat. Jemput dia semula.

Saya menunggu di luar pagar. Menunggu dalam kereta sambil berbaris dengan ibu bapa lain. Agak lama, tak muncul bayangnya. Saya keluar kereta masuk ke dalam kawasan sekolah menuju ke kantin. Yaaaa, dia sedang beratur nak membeli makanan. Ini kali pertama Nurin membeli sendiri. Nak beli keropok lekor.

Jam 4 kami sampai di rumah. Cadangnya nak menjemput adik2nya dari rumah baby sitter tapi nurin tak bagi nak siapkan kerja sekolah yang dia dapat dari sekolah agama. tak nak adik2 kacau katanya. Maka Jam 5 petang baru adik2nya pula dijemput dari rumah baby sitter. Syukur, selesai proses besar untuk hari itu. dan selebihnya urusan harian seperti biasa.

Bila tanya Nurin, dia letih ke bersekolah? Diam seketika, kemudian menjawab. "Penat, tapi... akak suka sekolah". Lega dengar jawapannya. Harapannya bertahan untuk 11 tahun akan datang.

Untuk hari esok suami akan ambil alih tugas urusan sekolah Nurin. Semalam baru berkenalan dengan seorang ibu yang menawarkan kalau-kalau mahu bantuan mengurus Nurin sekolah. Itu mak Safa kata Nurin. Kawan sekolah PASTInya dahulu.
Semoga Allah terus permudahkan urusan saya dan kita semua.

0 comments: