Showing posts with label rezeki. Show all posts
Showing posts with label rezeki. Show all posts

Friday, August 13, 2010

Waktu-waktu Mustajab Berdoa



Allah memberikan setiap waktu dengan keutamaan dan kemuliaan yang berbeza-beza, di antaranya ada waktu-waktu tertentu yang sangat baik untuk berdoa, akan tetapi kebanyakan orang mensia-siakan kesempatan yang baik tersebut. Mereka menyangka bahawa seluruh waktu memiliki nilai yang sama dan tidak berbeza. Setiap muslim seharusnya memanfaatkan waktu-waktu yang utama dan mulia untuk berdoa agar mendapatkan kejayaan, keuntungan, kemenangan dan keselamatan. Adapun waktu-waktu mustajaba tersebut antara lain ialah


(1). Sepertiga Akhir Malam Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda. "Ertinya : Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya" . (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat bab Doa Nisfullail 7/149-150)

(2). Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa
Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash Radhiyallahu 'anhu bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda. "Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak". (Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da'watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17),

(3). Setiap Selepas Shalat Fardhu
Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, baginda Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab. "Ertinya : Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai shalat fardhu". (Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'awaat 13/30. Dishahihkan oleh Al-Albani di dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782).

(4). Ketika Saat Perang Berkecamuk
Dari Sahl bin Sa'ad Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda. "Ertinya : Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak ; doa ketika saat adzan dan doa ketika perang berkecamuk". (Sunan Abu Daud, kitab Jihad 3/21 No. 2540. Sunan Baihaqi, bab Shalat Istisqa' 3/360. Hakim dalam Mustadrak 1/189. Dishahihkan Imam Nawawi dalam Al-Adzkaar hal. 341. Dan Al-Albani dalam Ta'liq Alal Misykat 1/212 No. 672).

(5). Sesaat ketika Hari Jum'at
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawa Abul Qasim Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda. "Ertinya : Sesungguhnya pada hari Jum'at ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut". (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuah 3/5-6) Waktu yang sesaat itu tidak boleh diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203. Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai shalat Jum'at atau sehingga selesai waktu shalat ashar bagi orang yang menunggu shalat maghrib.

(6). Ketika Waktu Bangun Tidur Pada Malam Hari Bagi Orang Yang Sebelum Tidur Dalam Keadaan Suci dan Berdzikir Kepada Allah
Dari 'Amr bin 'Anbasah Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda. "Ertinya :Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya" . (Sunan Ibnu Majah, bab Doa 2/352 No. 3924. Dishahihkan oleh Al-Mundziri 1/371 No. 595) Terbangun tanpa sengaja pada malam hari.(An-Nihayah fi Gharibil Hadits 1/190) Yang dimaksudkan dengan "ta'ara minal lail" terbangun dari tidur pada malam hari.

(7). Doa Di antara Adzan dan Iqamah Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda. "Ertinya : Doa tidak akan ditolak di antara adzan dan iqamah". (Sunan Abu Daud, kitab Shalat 1/144 No. 521. Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'waat 13/87. Sunan Al-Baihaqi, kitab Shalat 1/410. Dishahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139)

(8). Doa Ketika Waktu Sujud di Dalam Shalat
Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda. "Ertinya : Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan". (Shahih Muslim, kitab Shalat bab Nahi An Qiratul Qur'an fi Ruku' wa Sujud 2/48) Yang dimaksudkan adalah sangat tepat dan layak untuk dikabulkan doa kamu.

(9). Ketika Saat Sedang Hujan Dari Sahl bin a'ad Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda. "Ertinya : Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan". (Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami' No. 3078). Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).

(10). Ketika Saat Ajal Tiba Dari Ummu Salamah bahawa Rasulullah 'alaihi wasallam mendatangi rumah Abu Salamah (pada hari wafatnya), dan beliau mendapati kedua mata Abu Salamah terbuka lalu beliau 'alaihi wasallam memejamkannya kemudian bersabda. "Ertinya : Sesungguhnya tatkala ruh dicabut, maka pandangan mata akan mengikutinya' . Semua keluarga histeria. Baginda 'alaihi wasallam bersabda : 'Janganlah kalian berdoa untuk diri kalian kecuali kebaikan, kerana para malaikat mengamini apa yang kamu ucapkan". (Shahih Muslim, kitab Janaiz 3/38)

(11). Ketika Lailatul Qadar
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman. "Ertinya : Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar". (Al-Qadr : 3-5) Imam As-Syaukani berkata bahawa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan. (Tuhfatud Dzakirin hal. 56)

(12). Doa Ketika Hari Arafah
Dari 'Amr bin Syu'aib Radhiyallahu 'anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda. "Ertinya : Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah". (Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'waat 13/83. Dihasankan oleh Al-Albani dalam Ta'liq alal Misykat 2/797 No. 2598)

Sumber: http://www.zaharuddin.net




** Alhamdulillah, Allah telah makbulkan doa saya, hari ini saya diberi kemudahan melaksanakan sesuatu dan diberi rezeki yang tidak saya duga.

Friday, July 16, 2010

Rezeki lagi



Salam Jumaat.

Pagi-pagi dah dapat sampul surat dari bank. Saya sedikit phobia dengan surat-surat dari bank. Walaupun dah tak de sangkut paut dengan bank-bank lain selain dari Bank Rakyat dengan tagline"Saya Mesti Pilih" tu, tapi masih seram-seram bila tengok surat bank. Mana tau ada pulak yang saya terlepas pandang. Oh, tak dilupa, kereta saya masih milik Bank.

:P

Senyum-senyum sendirian, bila buka sampul surat dan nampak cek. Saya memang lemah mengingat dan mengurus wang.. Ambank pulangkan lebihan potongan dari pinjaman peribadi saya. Kalaulah lebihan-lebihan begini tak diberi kalau tak dituntut, untung bank kan bila pelanggan-pelanggannya pelupa, culas macam saya.





Apa pun ni rezeki lah saya kira tapi belum tentu cek ni milik saya seorang.

Segala apa harta yang masih ditangan belum tentu ia menjadi milik kita.
Milik kita hanyalah apa yang telah kita belanjakan.

Maka saya tak tau lagi dengan sapa saya kan berkongsi cek ni.

Ada satu malam tu saya berdoa dengan segala kesungguhan kerana ada berlaku perkara yang menekan perasaan masa tu juga baru lepas menonton Rancangan Halaqah Sentuhan Qalbu. Saya tengok siaran ulangan dalam tv9.com.my, bersendirian. Episod Kontrak Hidup. Rasa, banyaknya nak kena betulkan dalam diri ni.

Benarlah, Allah akan memberi jika hambanya meminta, berdoa bersungguh-sunguh seikhlas hati.

Esoknya saya dapat selesaikan satu masalah dipejabat. Teringat doa saya malam tadi. Alhamdulillah Allah beri satu.

Kena ingat, kalau Allah belum beri atau makbulkan doa kita dalam bentuk nikmat atau rezeki, insyaAllah doa itu akan jadi bekalan diakhirat.

InsyaAllah..

Friday, June 27, 2008

Rezeki lagi

Dalam seminggu ni, balik kerja aku collaps manjang. Kebetulan abang kerja shif petang. Bila dia balik memang aku tak terbangun untuk teman dia makan or paling2 tidak buat air milo untuk dia.

Semenjak aku mengandungkan Adam tahun lepas aku tak boleh cium bau Ambi Pure Spray kat dalam bilik tu, makanya kena tutup sampai la bulan lepas baru la abang pasang balik barang tu. Tapi 2 hari lepas aku jadi tak tahan sangat dengan bau dia.

Aku kan diet, aku amik JDM5, tapi napa tummy stay gitu jek. pastu harus la kalau makan tu aku tak rasa lapar, tapi aku nak cari makanan manjang je ni.

Pelik.

Then pagi semalam pepagi sampai opis perut dah berkeroncong pelbagai irama. Aku cari nasi lemak pepagi.

Macam2 aku pikirkan kat kepala ni, macam2 simptom.

By tengahari, aku buat test..............


Alhamdulillah...

double line, mean: positif.

Apa pun aku kena confirm kan dengan yang pakar.

Nanti kalau doktor tanya, bila last period?

4 bulan yang lalu.

camna nak kira tu.

hei... Adam masih terlalu kecil, tapi aku doa semoga dia pandai bawa diri.

Wednesday, June 4, 2008

Rezeki, Alhamdulillah

Seawal 8.05 minit pagi, aku terima satu panggilan.

:)

:)

Rezeki dari Allah.

Yang tak pernah aku harap untuk dapat.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.